Wanita Di Alor Gajah Maut Digilis Kenderaan Sendiri Ketika Cuba Tahan Dari Gelongsor. AL FATIHAH.

| February 6, 2019 | 0 Comments

Wanita Di Alor Gajah Maut Digilis Kenderaan Sendiri Ketika Cuba Tahan Dari Gelongsor. AL FATIHAH. | Seorang wanita maut digilis kenderaan sendiri ketika cuba tahan keretanya dari gelongsor. Allahu. Baca selanjutnya. Al Fatihah.

DIGILIS KENDERAAN SENDIRI

Tindakan seorang wanita yang cuba menahan keretanya daripada menggelongsor berakhir tragedi apabila dia maut digilis dalam kejadian di Solok Air Manggis, Kampung Rembia, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa Nurfizah Mohd Taufek, 41, disahkan meninggal di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Asisten Superintendan K Mahadevan, berkata difahamkan sebelum kejadian kereta Kia Spectra dipandu mangsa berhenti di bahu jalan yang berbukit.

Beliau berkata, bagaimanapun kenderaan terbabit tiba-tiba bergerak sebelum mangsa dipercayai cuba menahan kereta dari arah belakang.

“Ketika cuba menahan keretanya daripada terus mengundur dia dikatakan terjatuh sebelum terperosok di bawah kenderaan.

“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya meminta orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Kanan Bomba (PBK) II, Asnizam Kamberon, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.52 tengah hari sebelum sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi, kami mendapati terdapat seorang wanita berada di bawah kereta dan tidak sedarkan diri.

“Usaha mengeluarkan mangsa kemudian dilakukan menggunakan alatan khas sebelum dia berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.39 petang,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *