Perikatan Nasional (PN) akan menyediakan komputer riba kepada semua guru bagi memudahkan golongan pendidik itu sebagai antara usaha meningkatkan kecekapan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP).

Pengerusi Jawatankuasa Tawaran PN, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu antara tawaran di bawah manifesto gabungan itu untuk memantapkan sektor pendidikan negara.

Beliau berkata, meskipun guru sudah dilatih dalam konteks pendigital sepanjang Covid-19, tetapi tawaran itu membantu meningkatkan kecekapan proses PdP kepada mereka.

“Semua guru kita akan disedia komputer riba sebab apa dengan teknologi digital ini banyak perkara boleh dimudahkan.

“Kalau kita buat dulu secara manual satu persatu mengambil masa kita bentuk satu sistem menyeluruh bagi memudahkan guru-guru dan pada masa sama menyediakan peranti untuk guru-guru. Ini pertama kali dalam sejarah guru-guru akan disediakan dengan komputer riba bagi memudahkan PdP mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal dialog pada majlis pelancaran PN di sini, malam semalam.

Menurut Radzi, sistem pendidikan di bawah PN juga akan bergerak dengan satu sistem lebih cekap dengan peningkatan kecekapan hubungan internet di sekolah.

“Sebelum ini di sekolah tiga tempat saja ada internet iaitu bilik guru, pejabat dan pusat sumber. Kalau kita menang membentuk kerajaan kita akan sambung seluruh kawasan sekolah dengan internet berkelajuan tinggi.

“Itu komitmen kita untuk membuat satu perubahan besar untuk pendidikan negara,” jelasnya.

Terdahulu, sebanyak 234 tawaran dikemukakan PN yang merangkumi 12 tunjang dan 30 pendekatan pada pilihan raya umum kali ini.

Antara tunjang yang menjadi tumpuan adalah ekonomi masa hadapan, meningkatkan nilai dan hidup rakyat serta membersihkan politik dan tadbir urus.

Selain itu, mensejahterakan bumiputera, Orang Asli dan semua kaum, merapatkan jurang pembangunan wilayah, melestarikan alam sekitar serta memperkasakan belia.

Komen Netizen :

Laptop tu cikgu nak beli lebih dari mampu. Yang tak mampu tu nak pikul beban kerja selain mengajar.

Kertas A4 pon guru2 kena beli sendiri..ada hati nak janji laptop..cuba janji “kami akan pastikan kertas A4 disediakan kepada setiap sekolah”

Sedara @RadziJidin, jangan sembang bulan bintang. Provide dulu keperluan asas pada sekolah dan guru². Jangan la kasi cikgu² ‘mengemis’ kt ibu bapa. Ada yang keluar duit sendiri lagi. Nak harap bantuan sekolah, manjang takde budget.

beli laptop sendiri tu normal for guru, if rosak beli lagi. my late mom beli lcd projector utk kemudahan presentation ajar form 4,5 and pmr. kerja pengkeranian also tak lupa, penat mengajar, penat jgk buat kerja/beli lg2 bila ada menteri nak buat lawatan, mmg pejam mata lawat

Laptop apanya bang. Anak buah saya tu Cikgu mengeluh. Nak beli kertas A4 pun pakai duit cikgu. Minta cari dana ibu bapa. ERTAS A4 TUAN TUAN. KERTAS A4. Basic necessaries kelaut!!! #KerajaanGagal

Sumber : Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply