101 Kes Kematian BID Tertinggi. Ini Komen Najib Razak Yang Buat Ramai Sayu | Kes kematian brought in dead (BID) atau meninggal di rumah akibat wabak cecah rekod tertinggi 101 orang semalam, ini komen Najib Razak buat ramai sayu.
Kes BID semakin meningkat kebelakangan ini dengan sekitar 90 hingga 100 nyawa terkorban di luar hospital setiap hari sebab tiada peluang menerima rawatan yang sewajarnya.
Semalam, 101 daripada 282 kematian direkod adalah kematian di luar hospital.
Angka ini sudah tentu tidak boleh diterima.
Antara langkah yang kerajaan boleh ambil serta-merta termasuk:
1) Wajibkan penggunaan pulse oximeter iaitu peralatan murah untuk menyukat paras oksigen dalam badan bagi mereka yang kuarantin di rumah.
Ini kerana pesakit Covid mungkin akan mangalami keadaan “Happy Hypoxia” dan tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
Masih kelihatan tenang dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah.
“Happy Hypoxia” ini menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.
Sebab itu, penggunaan peralatan “pulse oximeter” ini perlu diwajibkan.
Malah KKM perlu menyediakan Oximeter percuma bagi mereka yang tak mampu membelinya.
2) Sediakan lebih banyak ambulan atau van yang dilengkapkan dengan peralatan oksigen supaya tempoh tunggu bantuan kecemasan bagi mereka yang kuarantin di rumah akan dikurangkan.
3) Saya juga saran bahawa satu butang “SOS” dalam applikasi MySejahtera ditambah baik bagi penggunaan mereka yang kuarantin dalam rumah.
Bukan sahaja disuruh panggil talian “999” sahaja.
Sesiapa yang tiba-tiba jatuh sakit boleh klik butang ini dan maklumat termasuk nama pesakit, kontak pesakit, lokasi pesakit termasuk lokasi mengikut GPS akan disalurkan terus kepada KKM untuk meminta bantuan termask menghantar
ambulans atau bantuan kecemasan ke lokasi pesakit.
Sebab ianya adalah amat sukar bagi mereka yang sedang sesak nafas untuk membuat panggilan kecemasan ke hotline atau “999” dan memberi maklumat yang sudahpun sedia ada dalam applikasi MySejahtera.
4) Berikan tempoh amnesty (dasar tidak mengambil tindakan) sementara selama 3 hingga 6 bulan terhadap pekerja bukan warganegara.
Kita perlu elak keadaan di mana bukan warga negara takut untuk melapor mereka sakit Covid atau tidak mahu divaksin sebab bimbang mereka akan ditangkap.
Naikkan juga saman termasuk hukuman penjara bagi majikan yang tidak melapor kes Covid atau tidak berusaha untuk memberi vaksin kepada pekerja asing.
Saya faham bahawa ada yang tak setuju dengan pekerja asing tetapi Covid tak kenal warganegara dan negara tidak akan bebas Covid sekiranya Covid masih menular dalam komuniti mereka.
Memandangkan sempadan negara sudah ditutup ketat, tempoh amesty ini adalah wajar sebab mereka tidak boleh lari ke mana.
Lepas itu, barulah ambil tindakan terhadap mereka sepuas-puas hati.
Apapun, kita tidak boleh biarkan lebih 100 penduduk Malaysia mati mengejut dalam rumah, di depan restoran, di tepi kereta, di depan bank dan di tepi jalan setiap hari.
Sumber : FB Najib Razak