11 M4ut Dalam Runtuhan Salji Di Pakistan | ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 13 lagi cedera selepas ditimpa runtuhan salji di utara Pakistan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kejadian runtuhan salji berlaku berhampiran Shounter Valley Pass di Tapak Perkhemahan Bakarwal di wilayah Gilgit Baltistan, menurut kerajaan wilayah dalam satu kenyataan Sabtu.

“Semasa kejadian itu, 25 orang daripada keluarga Gujjar termasuk haiwan ternakan … ditimpa runtuhan salji,” katanya.

Lapan mayat ditemukan setakat ini, sementara usaha mencari mereka yang masih hilang diteruskan.

Menurut kenyataan itu, mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Ibu Pejabat Daerah Astore, di mana sebahagiannya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Disebabkan lokasi terpencil dan rupa bumi yang sukar, pasukan penyelamat juga berdepan cabaran untuk memindahkan jentera berat ke kawasan terjejas, menurut pegawai penyelamat tempatan.

Perdana Menteri Shehbaz Sharif turut melahirkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

Sumber: SINAR HARIAN 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Bumbung Gim Sekolah Runtuh Dibadai Ribut, 4 Kanak2 Antara 7 M4ut

Bumbung Gim Sekolah Runtuh Dibadai Ribut, 4 Kanak2 Antara 7 M4ut | TUJUH individu termasuk empat kanak-kanak terbunuh apabila bumbung sebuah gimnasium sekolah runtuh dalam ribut di Thailand, kata pihak berkuasa negara itu pada Selasa.

Menurut hantaran Facebook daripada jabatan pencegahan bencana dan pejabat perhubungan awam di wilayah itu, ketika kejadian, kanak-kanak berusia antara enam hingga 13 tahun itu masuk ke dalam pusat aktiviti di sekolah rendah Wat Nern Por di wilayah Phichit, Thailand untuk berteduh daripada hujan.

Menurut media tempatan, ribut yang menyebabkan cuaca hujan lebat dan angin kencang itu melanda wilayah terbabit sekitar pukul 6.30 petang waktu tempatan dan menyebabkan bumbung berkenaan runtuh secara tiba-tiba.

Pejabat perhubungan awam wilayah itu berkata, mangsa dewasa yang maut adalah dua pasangan ibu bapa dan seorang petugas kebersihan.

Katanya, terdapat seramai 18 individu lagi dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku di wilayah terletak kira-kira 300 kilometer (km) dari Bangkok, Thailand.

“Dalam sekelip mata, saya mendengar bunyi seperti di zon perang dan dalam tempoh lima saat, ribut itu sampai kepada saya,” kata seorang saksi kepada ThaiPBS.

“Semua rumah rosak akibat ribut tetapi arena ini runtuh sepenuhnya,” kata datuk bandar tempatan, Kannika Intarakul kepada pemberita.

Sekolah-sekolah di Thailand lazimnya mempunyai padang sukan dengan bumbung terbuka untuk melindungi kanak-kanak daripada matahari tropika yang terik semasa mereka bermain.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Mangsa yang cedera masih lagi dirawat di dua hospital dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

Insiden itu berlaku ketika Thailand memasuki musim tengkujuh, dengan ramalan hujan lebat untuk sebahagian besar negara dijangka berlalu dalam beberapa hari akan datang.

Jabatan meteorologi mengeluarkan amaran untuk hujan lebat di bahagian utara Thailand pada minggu ini.

Negara jiran, Myanmar baru-baru ini dilanda Taufan Mocha, yang menjejaskan negeri Rakhine dan mengorbankan seramai 145 orang.

Sumber: Majoriti

 

Share.

Leave A Reply