11 Orang Terkorban Dalam Nahas Kereta Api Di Mesir

| April 18, 2021 | 0 Comments

11 Orang Terkorban Dalam Nahas Kereta Api Di Mesir | Mesir umumnya dikaitkan dengan infrastruktur dan penyelenggaraan yang buruk sehingga mengakibatkan beberapa kemalangan melibatkan kenderaan awam khususnya kereta api sering berlaku di sini.

Nahas Kereta Api Di Mesir, 11 Orang Terkorban

11 Orang Terkorban Dalam Nahas Kereta Api Di Mesir

Namun, baru-baru ini telah berlaku satu kemalangan di utara bandaraya Kaherah turut melibatkan sebuah kereta api yang dikatakan tergelincir sehingga terkeluar dari landasan menyebabkan 11 orang terkorban dalam insiden tersebut.

Menurut Kementerian Pengakutan Mesir dalam satu laporan, nahas tersebut telah berlaku di sebuah bandar pertanian yang subur dikenali sebagai Toukh iaitu sekitar 40 kilometer (25 batu) dari pusat bandaraya tersebut.

Tambahnya lagi, kereta api bersama empat gerabak tersebut sedang dalam perjalanan menuju ke Mansoura iaitu sebuah bandar di Delta dari Kaherah namun, belum sempat kereta api tersebut sampai ke lokasi, ia dilaporkan tergelincir lalu terbabas keluar dari landasan di sini.

11 orang dilaporkan maut manakala 98 lagi cedera akibat daripada kemalangan tersebut. Puluhan ambulans turut dikerahkan ke lokasi kejadian serta beberapa pegawai penyiasat turut bergegas ke sana bagi menyisat punca sebenar kemalangan terssebut berlaku. Media tempatan turut melaporkan bahawa pemandu kereta api tersebut turut ditahan bagi disoal siasat.

14 orang lagi yang turut menjadi mangsa kemalangan dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan dikatakan telah memberi arahan kepada pihak berkuasa kejuruteraan tentera supaya mereka turut membantu untuk menyiasat insiden ini selepas turut berlaku insiden yng sama melibatkan kereta api sebulan yang lalu sehingga menyebabkan 20 orang maut dalam kemalangan tersebut.

Media tempatan telah melaporkan hampir sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala 199 lagi cedera dalam nahas kereta api yang berlaku sepanjang bulan lalu serta mengaitkan punca yang berlaku adalah disebabkan oleh ‘kesalahan manusia’ itu sendiri.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *