Ini Punca Sebenar Seorang Lelaki Ditetak Di Kelantan.

| August 10, 2020 | 0 Comments

Ini Punca Sebenar Seorang Lelaki Ditetak Di Kelantan. | Kejadian tetak membabitkan seorang lelaki di Wakaf Mek Zainab jam 4.30 petang semalam, bermotifkan dendam lama.

Tetak Di Kelantan

Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafein Mamat berkata, pihaknya menahan suspek yang berusia 30-an sejurus tragedi terbabit.

“Hasil siasatan, mangsa serta suspek saling mengenali dan amukan berlaku berikutan ada perselisihan faham serta dendam lama.

“Kami masih mengesan parang yang diguna suspek untuk menetak mangsa.

“Kami juga menafikan yang suspek kurang siuman,” katanya kepada media hari ini.

Petang semalam, lelaki dikenali sebagai Khairi, 45, parah di seluruh badan akibat ditetak dengan parang.

Pada kejadian jam 4.30 petang, mangsa yang berada di dalam rumah bersama beberapa ahli keluarga diserang suspek yang tiba-tiba meluru ke arahnya sambil melibas parang selain menetaknya bertubi-tubi sehingga ke ruang dapur.

Akibatnya, mangsa yang juga penganggur parah di lengan kiri. Mangsa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan dilaporkan stabil.

Shafein berkata, ujian saringan air kencing mendapati ia negatif. Pemeriksaan pula mengesahkan suspek memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber : MyMetro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *