13 Penunjuk Perasaan Maut Dibunuh Akibat Rusuhan Di Myanmar

| April 7, 2021 | 0 Comments

13 Penunjuk Perasaan Maut Dibunuh Akibat Rusuhan Di Myanmar  | Kemelutan politik yang terjadi di Myanmar masih tidak lagi kelihatan pengakhirannya. Malah kian ramai yang terkorban dalam rusuhan yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa juga kelihatan seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan dan melunturkan semangat rakyat mereka.

13 Penunjuk Perasaan Maut Dibunuh Akibat Rusuhan Di Myanmar

Semasa rakyat Myanmar berarak bagi menunjukkan perasaan mereka di Dawei, bagi membantah rampasan kuasa oleh junta tentera, tembakan secara rambang telah dilepaskan. Tembakan yang dilepaskan itu telah menyebabkan 17 orang penunjuk perasaan terbunuh dan beberapa daripada kalangan mereka tercedera.

Menerusi laporan media tempatan, beberapa letupan kecil turut kedengaran wilayah komersial Yangon. Turut dilaporkan bahawa terdapat sebuah kilang telah dibakar. Didapati kilang tersebut merupakan milik syarika China, JOC Garment Factory di Yangon. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan tahap kemusnahan masih belum diketahui.

Terdapat beberapa paparan di Facebook di mana kelihatan sebuah kejiranan di lain di Yangon yang menunjukkan aktivis sedang membakar bendera negara China. China telah menjadi sasaran mereka kerana telah dilihat sebagai penyokonh kepada junta tentera Myanmar.

Pada minggu lalu terdapat laporan yang menyatakan cubaan untuk membakar 32 syarikat berkepentingan China di Yangon oleh para aktivis. Ketidakpatuhan sivil yang ditunjukkan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai pergerakan CDM sebenarnya sedang memusnahkan negara itu, kata Junta Tentera Myanmar.

Pergerakan CDM yang dilaksanakan telah menyebabkan operasi hospital, sekolah, pejabat dan kilang telah terhenti. Malahan laluan lebuh raya utama juga telah disekat, kata Pegawai kanan tentera, Jeneral Min Aung Hlaing, yang mengetuai junta.

Katanya juga, walaupun negara jiran dan dalam kalangan masyarakat antarabangsa turut menyaksikan protes yang dilakukan, malahan mereka tidak turut terlibat sama dan memusnahkan perniagaan. Tambah beliau lagi, tindakan rakyat negara itu sememangnya boleh memusnahkan negara itu sendiri.

Pihak keselamatan telah melepaskan tembakan rambang terhadap mereka yang hadir bagi menunjuk perasaan di bandar kele. Protes itu adalah untuk menuntut kembali kejaraan demokratik pimpinan Aung San Suu Kyi dikembalikan.

7 letupan sekurang-kurangnya dilaporkan kedengaran di Yangon, termasuk di hospital tentera, bangunan kerajaan dan pusat beli-belah. Namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Tidak ada juga pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas letupan yang terjadi itu.

Menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), 581 orang termasuk puluhan kanak-kanak mati ditembak pasukan keselamatan sepanjang prote hampir setiap hari sejak 1 Februari lalu. Pihak berkuasa turut menahan hampir 3,500 orang dengan 2,750 masih kekal dalam tahanan.

Sumber: Berita Harian 

Tags: , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *