15 Gerai Musnah Dijilat Api, Punca Litar Pintas Di Pantai Morib

| May 3, 2021 | 0 Comments

15 Gerai Musnah Dijilat Api, Punca Litar Pintas Di Pantai Morib | Nasib malang menimpa beberapa pengusaha gerai di Pantai Morib, Selangor ketika menyambut bulan Ramadhan selepas deretan gerai mereka telah musnah akibat kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas, di sini, baru-baru ini.

15 Gerai Musnah Dijilat Api, Punca Litar Pintas Di Pantai Morib

Pihak polis daerah Langat dilaporkan telah menerima panggilan kecemasan daripada Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) melibatkan kebakaran yang berlaku kira-kira pada jam 2.14 petang sebelum dua buah kereta peronda MPV polis bersama sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan BBP Telok Panglima Garang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut jurucakap polis menerusi Sinar Harian, sewaktu kebakaran tersebut berlaku, hanya terdapat dua daripada 15 deretan kedai sahaja yang sedang beroperasi dan tiada kemalangan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Masa yang diambil oleh pihak bomba untuk berjaya memadamkan api yang sedang marak adalah kira-kira dua jam dan mereka mendapati rata-rata gerai tersebut mengalami 60 peratus kerosakan meliputi bumbung, barangan elektrik di dalam gerai, peti ais, mesin tebu, peralatan dapur serta lain-lain.

Insiden yang berlaku dilaporkan masih dalam siasatan pihak polis bagi mengetahui punca sebenar kebakaran sama ada melibatkan pengkhianatan atau kerosakan teknikal seperti yang diperkatakan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *