15 [email protected] Dalam Kejadian Tanah Runtuh Cameroon | Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus orang ramai semasa satu majlis pengebumian di ibu kota Cameroon, Yaounde, kata gabenor tempatan kelmarin.

Mangsa berkumpul di bawah beberapa khemah di puncak sebuah bukit ketika menyertai majlis pengebumian itu pada Ahad lalu sebelum tanah runtuh berlaku.

Sekurang-kurangnya satu daripada beberapa khemah tersebut dan orang yang berlindung di bawahnya terperosok ke dalam tanah.

Gabenor wilayah pusat yang kawasannya termasuk Yaounde, Naseri Paul Bea berkata kepada agensi berita AFP mendapati 15 orang telah meninggal dunia.

Kira-kira 12 anggota bomba melakukan kerja-kerja menyodok timbunan tanah kemerahan di kaki bukit untuk mencari mangsa terperangkap.

Di kawasan berhampiran, sekumpulan penduduk mengunjungi dua isi rumah untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Bencana itu berlaku di daerah Damas, timur Yaounde. Pencarian telah dihentikan lewat petang Ahad lalu.

Penduduk tempatan, Marie Claire Mendouga, 50, menghadiri majlis itu tetapi khemahnya tidak terjejas akibat tanah runtuh.

Beliau berkata bahawa mereka baru sahaja menari sebelum tanah di sekitar mereka runtuh.

Dia cuba menggali dengan tangan untuk mengeluarkan mangsa dengan mereka diliputi tanah berwarna merah.

Sumber: Kosmo

 

Artikel Lain

Enam Dari Sepuluh Kenderaan Tertimbus Tanah Runtuh Dikeluarkan

Enam dari 10 kenderaan yang rosak serta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang Jaya dekat sini sudah dikeluarkan dan diserahkan kepada pemilik masing-masing.

Enam Dari Sepuluh Kenderaan Tertimbus Tanah Runtuh Dikeluarkan

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 23, Mohamad Samat, berkata kerja pembersihan dan mengalihkan tanah runtuhan dimulakan sejak 16 Mac lalu berjalan dengan lancar setakat ini termasuk mengeluarkan kenderaan tertimbus.

Jelasnya, enam daripada kenderaan yang tertimbus dan rosak dalam kejadian sudah berjaya dikeluarkan sejak semalam, dengan empat kenderaan di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai 2 dan dua di Jalan Mega 15, Taman Mega Jaya.

Tambahnya, ketika kenderaan dikeluarkan dan ditunda keluar, kita meletakkan syarat paling utama iaitu pemilik mesti perlu hadir ke lokasi, dan proses itu turut dilaporkan serta diawasi pihak polis yang berada di situ.

Beliau berkata, pihak MPAJ akan membantu pemilik menunda keluar kereta ke kawasan itu sebelum diserahkan kepada pemilik.

Sambungnya, proses selepas itu, terserah kepada pemilik untuk menguruskan perkara selanjutnya termasuk hal berkaitan tuntutan insurans dan pembaikan.

Katanya, pada masa ini, kita masih menunggu pemilik empat lagi kenderaan yang masih belum dikeluarkan dari tempat kejadian, dan sekiranya mereka hadir kelak, kita akan berikan bantuan sewajarnya.

Mengulas mengenai kerja pembersihan, Mohamad berkata selepas hampir lapan hari proses itu dilaksanakan, hanya empat rumah di dua deret kediaman di Jalan Teratai 1/2J yang terjejas masih dilitupi tanah runtuhan.

Katanya, kerja mengorek dan mengalihkan tanah pada hari ini sudah sampai ke rumah nombor dua hujung, dan akan diteruskan sehingga ke rumah pertama dan kedua yang paling teruk terjejas.

Beliau berkata lagi, dalam pada itu, usaha untuk menyalurkan segala jenis bantuan kini sedang diusahakan dan sejak semalam, kita edar dan kutip semula borang permohonan bantuan kerajaan untuk mangsa yang terjejas.

Katanya, dan pada hari ini, pasukan kajian geofizik dari Universiti Sains Malaysia (USM) hadir ke lokasi untuk membuat kajian tanah secara fizikal selain lawatan oleh kakitangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Tambah Mohammad, pihaknya berterima kasih dan menghargai bantuan semua pihak dalam membantu masyarakat di sini selain mencari jalan terbaik agar insiden sebegini tidak berulang pada masa hadapan.

Sumber: Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply