17 Terbvnuh, 25 Cedera Bas Rempuh Pagar Lebuh Raya Di Bangladesh | Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan lebih 25 cedera di Bangladesh selepas sebuah bas merempuh pagar lebuh raya dan terjunam ke dalam parit di tepi jalan.

Polis berkata, mereka mengesyaki pemandu hilang kawalan pada pukul 8:00 pagi waktu tempatan dan melanggar pagar lebuh raya utama yang baharu dibina, menyebabkan bas itu terhumban 10 meter ke dalam parit.

Ketua Polis tempatan, Masud Alam berkata kepada AFP selepas nahas di daerah selatan Shibchar bahawa seramai 17 orang maut dalam kemalangan itu. Mereka yang cedera dihantar ke hospital di wilayah itu.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Bangladesh kerana keadaan kenderaan dan jalan lama diselenggara dengan teruk serta pemandu yang kurang terlatih.

Seorang pemantau kemalangan lebuh raya berkata, rekod menunjukkan 9,951 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Bangladesh tahun lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel Lain

Seorang Lelaki M4ut, Kereta Hilang Kawalan Terbabas Rempuh Treler

Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya melanggar sebuah treler dalam kejadian di kilometer (KM) 77.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur pada pagi Ahad.

Mangsa yang maut, Muhammad Khairil Aznie Bahraum beralamat di Slim Village, Slim River memandu kereta Perodua Myvi bersama-sama dua lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati, lori treler terbabit dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ke Ipoh manakala kereta Perodua Myvi dipandu mangsa dalam perjalanan dari Chenderiang menuju ke Slim River.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta Perodua Myvi dipandu mangsa yang berada di lorong kanan telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar tayar hadapan sebelah kanan treler terbabit.

Kejadian kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan lori treler di KM 77.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini pada pagi Ahad. - Foto IPD Tapah

“Akibat dari kemalangan terbabit, pemandu kereta mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Wan Azharuddin berkata, dua penumpang kereta masing-masing berusia 23 dan 24 tahun yang juga rakan sekampung mangsa masing-masing mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala dan tangan.

Menurutnya, pemandu treler berusia 59 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis sedang mengesan saksi kejadian selain kedua-dua kenderaan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan.

Sumber :SH

 

Dua Mayat Rentung Dalam Kereta Terbakar Selepas Rempuh Treler

Dua mayat rentung ditemukan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 108.8 Lebuhraya Pantai Timur, dekat Kampung Cempaka, di sini, awal pagi tadi.

Dua mayat rentung ditemukan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 108.8 Lebuhraya Pantai Timur, dekat Kampung Cempaka, di sini, awal pagi tadi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.24 pagi sebelum sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab dihantar ke lokasi kejadian.

ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang terbakar dalam kemalangan hari ini. FOTO Ihsan JPBM

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa yang menaiki Ford Ranger dipercayai membawa barangan gantian kereta telah melanggar belakang treler kontena sehingga menyebabkan kebakaran.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa tersepit dan rentung.

May be an image of fire and outdoors

“Setakat ini, identiti mereka masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulfadli berkata, pasukan bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos salur dengan bantuan air tangki pam jentera.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

May be an image of outdoors and text that says "BBP MENTAKAB"

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply