2 Ekor Lembu M4ti Termakan Racun Akibat Khianat Pada Penternak | MACHANG – Seorang penternak mengalami kerugian kira-kira RM10,000 apabila dua ekor lembu miliknya mati selepas termakan buah tembikai yang diletakkan racun dipercayai akibat perbuatan khianat di Kampung Pangkal Mak Wan di sini kelmarin.

Pemilik lembu yang berusia 49 tahun itu menyedari kejadian tersebut kira-kira pukul 5.30 petang semasa membawa lembu-lembu masuk ke kandang sebelum melihat dua ekor daripada haiwan peliharaannya dalam keadaan terbaring dan lemah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati, lembu terbabit sebelum itu dipercayai berkeliaran dan memakan tanaman penduduk kampung.

Menurutnya, pemilik haiwan itu mendapati ada separuh bahagian buah tembikai berada di atas tanah selepas membuat pemeriksaan di kawasan berhampiran.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat biji-biji berwarna putih di dalam buah tembikai berkenaan dipercayai baja tanaman. Baja itu juga dipercayai menyebabkan dua ekor lembu itu mati selepas memakan buah tembikai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Adli memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap haiwan.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Penduduk Felda Bimbang Lihat 3 Ekor Lembu Dibaham Harimau

Sekurang-kurangnya tiga lembu mati dipercayai dibaham harimau hujung minggu lalu di sekitar Felda Ulu Belitong dan Felda Ulu Dengar di sini.

Pemilik haiwan ternakan berkenaan, Mohammad Syafii Jowahir, 30, berkata dia menyedari dua anak lembu jantan miliknya itu mati dengan bekas gigitan di leher kira-kira jam 9 pagi Ahad lalu di dalam kebun milik keluarganya itu di Felda Ulu Belitong.

“Saya dia tidak menanam bangkai lembu itu kerana bimbang haiwan buas berkenaan akan mencari dan memburu lembu lain,” katanya yang memiliki kira-kira 50 lembu.

Katanya, dia membuat laporan polis mengenai kejadian namun sudah dihubungi oleh pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menasihatinya supaya berjaga-jaga.

“Setakat ini saya mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memerhatikan kawanan lembu saya dan membiarkan mereka bebas di dalam kebun, bukannya dikurung dalam kebun berpagar elektrik.

“Pada waktu malam saya membuat unggun api bagi menakutkan haiwan buas supaya tidak menghampiri kawasan kebun dan kawanan lembu milik saya,” katanya.

Katanya, dia yakin haiwan buas berkenaan adalah harimau berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui di sekitar bangkai ternakannya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin ketika dihubungi berkata, pasukannya sedang menyiasat kes berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian berkenaan hingga mendapat perhatian ramai.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply