Video Detik-Detik Helikopter Terhempas. | Ampang: Sebuah helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati di sini, hari ini.

Sekurang-kurangnya dua dilaporkan maut dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku pada 11 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan kejadian itu.

“Ya betul ada terima panggilan daripada orang awam.

“Saya tak boleh maklum apa lagi. Saya sedang menghala (lokasi kejadian),” katanya.

 

UPDATE

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.46 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas.

“Terdapat empat mangsa termasuk seorang wanita. Dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

“Dua mangsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba masih menjalankan operasi di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses selanjutnya

 

Sumber : Metro & Info Roadblock JPJ/POLIS

Share.

Leave A Reply