2 Pekerja Pusat Jagaan Warga Emas Cedera Diserang Oleh Penghuni Dgn Sabit.

| December 13, 2020 | 0 Comments

2 Pekerja Pusat Jagaan Warga Emas Cedera Diserang Oleh Penghuni Dgn Sabit. | Kuala Lumpur: Dua pekerja pusat jagaan warga emas di Kampung Datuk Keramat, di sini, cedera selepas diserang penghuni lelaki pusat berkenaan menggunakan sabit, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 3.57 pagi tadi.

“Berdasarkan maklumat awal, penjaga pusat berkenaan terdengar bunyi bising serta suara jeritan sebelum dia naik ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku.

“Penjaga itu kemudian melihat suspek berusia 67 tahun sedang mengamuk dengan memegang sabit sambil ditenangkan dua pekerja pusat jagaan berkenaan yang masing-masing berusia 23 dan 50 tahun.

“Bagaimanapun, suspek melawan dan bertindak melibas sabit berkenaan terhadap dua pekerja berkenaan sebelum melarikan diri ke dalam bilik lalu duduk di katil,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Rajab berkata, ketika ditahan, suspek sedang tidur di katil.

“Kejadian itu menyebabkan pekerja lelaki warga India terbabit cedera di bahagian belakang kepala, jari manis kanan dan pergelangan tangan kiri, manakala pekerja wanita warga Indonesia itu pula luka di bahagian dahi serta jari manis kanan.

“Punca kejadian itu masih dalam siasatan memandangkan keterangan kedua-dua mangsa berkenaan belum diambil bagi memberi ruang mereka mendapatkan rawatan.

“Kedua-dua mangsa serta suspek yang tinggal di pusat jagaan itu sejak September lalu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber : Metro

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *