2 Wanita Hilang Slps Mengaji. Rupa²nya Dibvnuh & Disimen.| Mayat dua orang wanita ditemui di disimen di bawah tangga di sebuah rumah di Bekasi, Jawa Barat pada Isnin lepas.

Menurut laporan media tempatan, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 47 dan 48 tahun tidak pulang ke rumah selepas habis kelas mengaji Al-Quran, pada Ahad.

Curiga kerana lambat pulang, suami salah seorang mangsa kemudian bertindak mengesan isterinya menerusi GPS yang ada pada telefon bimbit.

Suami mangsa kemudian mendapati lokasi terakhir isterinya berada di rumah tersebut dan bergegas ke sana. Dia kemudian menemui satu kawasan baru disimen di bawah tangga rumah berkenaan.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, lelaki berkenaan bertindak mengorek simen berkenaan sebelum membuat penemuan yang mengejutkan.

Mayat isterinya bersama seorang wanita lain, dipercayai rakan isterinya ditemui kaku dalam bancuhan simen dibawah tangga tersebut.

Dia kemudian menemui seorang lelaki yang sedang kritikal dan berlumuran darah dengan hirisan di pergelangan tangan. Lelaki tersebut kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Mayat dua wanita ditemui mati disimen

Pihak polis mengesahkan lelaki tersebut merupakan penyewa rumah berkenaan dan merupakan suspek utama pembunuhan.

Difahamkan motif pembunuhan belum diketahui, tetapi suami salah seorang mangsa mengesahkan lelaki tersebut merupakan sahabat baiknya yang dianggap seperti keluarga.

Detik-detik terakhir keberadaan dua wanita berkenaan di sekitar lokasi mayat mereka ditemui turut berjaya dirakam CCTV berdekatan. Setakat ini, CCTV itu merakam kedua-dua mangsa memasuki rumah berkenaan sebelum dibunuh.

Memetik laporan Detik, kedua-dua mangsa tiba di rumah tersebut dengan menunggang motosikal. Mereka kemudian meninggalkan motosikal tersebut di luar dan berjalan kaki menuju perkarangan rumah lelaki terbabit.

Rakaman CCTV dedah kejadian sebelum pembunuhan
Berdasarkan rakaman CCTV itu lagi, suspek tiba lebih awal di rumah berkenaan dari luar. Dia kemudian dirakam menyambut kehadiran kedua-dua mangsa dan membuka pagar pintu rumahnya.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut yang dilihat masih mengenakan topi keledar, didapati keluar dari pintu pagar dan membawa masuk motosikal mangsa ke rumahnya.

Polis turut menemui beberapa resit pembelian bahan bancuhan simen seperti batu kerikil dan pasir di rumah berkenaan. Semakan ke atas CCTV juga mendapati kehadiran sebuah lori kecil yang menghantar bahan berkenaan ke rumah tersebut.

Setakat ini, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber : Siakapkeli

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Kejam!Dera Anak Sampai Meninggal Dunia & Tanam Mayat Tepi Jalan. | Kuala Lumpur: Seorang bapa ditahan kerana disyaki mendera anaknya hingga meninggal dunia sebelum menanam mayat kanak-kanak itu berhampiran sebuah tempat riadah, di sini bagi menyembunyikan perbuatannya, semalam.

Perbuatan kejam suspek itu terbongkar selepas polis menerima aduan isteri suspek pada Jumaat lalu memaklumkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun didera oleh suaminya.

Isteri suspek yang juga seorang warga asing berusia 41 tahun membuat laporan selepas mendapati anak yang berusia sembilan tahun dalam keadaan lemah dan darah keluar dari mulutnya sebaik pulang bekerja kira-kira jam 7 malam, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di kediaman keluarga itu di Jalan Pudu di sini, dan pengadu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa suaminya ada memukul anaknya itu kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.

Sebaik menerima aduan, sepasukan anggota polis bersama pengadu ke rumah suspek untuk mengambil anaknya yang ditinggalkan namun anak serta suaminya tiada di rumah.

Berikutan itu, pihak polis menjalankan usaha mengesan suspek sebelum dia berjaya dikesan dan ditangkap di Jalan Pasar Pudu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, ketika dihubungi BH, hari ini mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek yang juga seorang penganggur, mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini.

Suspek kini direman tujuh hari dan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Noor Dellhan meminta orang ramai terutama ahli keluarga atau jiran supaya sentiasa peka dan segera melaporkan sebarang kes dera yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau jiran masing-masing.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply