2 Warganegara Bangladesh Positif Covid ‘Check In’ KLIA.

| January 17, 2021 | 0 Comments

2 Warganegara Bangladesh Positif Covid ‘Check In’ KLIA. |Putrajaya: Tindakan dua warganegara Bangladesh yang positif Covid-19 cuba menaiki penerbangan pulang ke negara mereka menimbulkan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu.

Kedua-dua mereka yang berusia 20-an itu ditahan ketika hendak mendaftar masuk untuk menaiki penerbangan Malindo Air pada 9 malam.

Difahamkan ketika hendak mendaftar masuk, petugas di kaunter berkenaan meminta slip ujian saringan Covid-19 kepada dua individu terbabit sebelum pemeriksaan mendapati mereka positif Covid-19.

Menurut sumber, kedua-dua warganegara Bangladesh itu menyerahkan ujian slip saringan Covid-19 yang dilakukan di sebuah klinik swasta.

Katanya, prosedur bagi penerbangan antarabangsa memerlukan penumpang menunjukkan hasil ujian saringan Covid-19 sebelum mereka mendaftar masuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

“Anggota polis yang membuat rondaan ketika itu sudah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan sepasukan petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

“Kedua-dua warga Bangladesh itu sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan susulan,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *