20 Maut, Kereta Api Rempuh Bas | Bangkok : Kira-kira 20 individu maut manakala puluhan lagi cedera selepas bas pelancong dinaiki mereka bertembung dengan kereta api di wilayah Chachoengsao yang terletak 50 kilometer (km) di timur Bangkok, hari ini.

Kemalangan berlaku kira-kira 8 pagi (waktu tempatan) di lintasan landasan kereta api berhampiran stesen kereta api Chachoengsao.

Difahamkan, kereta api yang merempuh bas itu dalam perjalanan dari Laem Chabang di Royang.

Bas terbabit membawa 60 penumpang dari Samut Prakan menuju ke sebuah kuil di Chachoengsao untuk menghadiri sebuah acara keagamaan.

Gabenor Chachoengsao, Maitree Traitilanansaid berkata, kemalangan berlaku apabila bas sedang melintasi landasan kereta api.

“Siasatan awal mendapati kereta api itu sudah membunyikan wisel. Tetapi pemandu bas berkenaan terus memandu dan melintasi landasan. Akibatnya, bas itu dirempuh oleh kereta api berkenaan.

“Sekurang-kurangnya 20 individu terbunuh manakala 30 lagi cedera akibat kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply