28 Hari Tidak Diberi Makan, Warga Emas Meninggal Dunia | Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas 28 hari tidak diberi makan dan minum oleh penjaganya di sebuah rumah jagaan.

Anak yang kecewa mendakwa ibunya, Sarene Taylor, 88, dimasukkan ke hospital selepas diserang strok sebulan lalu dan doktor memberitahu, dia tidak dapat diselamatkan lagi.

Rob Taylor yang juga bekas pegawai polis luar bandar Wales Utara itu berkata, ibunya dihantar ke rumah jagaan dari hospital.

Beliau menyifatkan pendekatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan bukan sesuatu yang dijangkakan pada tahun 2023.

Katanya, beliau memahami penjagaan akhir hayat, malah penjaga dan jururawat sudah melakukan yang terbaik tetapi menafikan makanan dan minuman kepada ibu sangat tidak patut. Kita sebagai masyarakat perlu memastikan perkara ini tidak berlaku lagi.

Dalam video penuh emosi beberapa hari sebelum kematian ibunya, Taylor menggambarkan situasi dahsyat itu.

Katanya, ibu mempunyai kehidupan hebat tetapi malangnya empat minggu lalu dia dimasukkan ke hospital di Wales Utara kerana strok.

Dia menghabiskan masa bersamanya dan Isnin lalu doktor memberitahunya bahawa tiada apa lagi yang boleh mereka lakukan dan ibunya diberi penjagaan akhir hayat.

Katanya, dia menghabiskan banyak masa bersamanya tetapi kerana ada urusan lain dia terpaksa pergi ke tempat lain dan dijangkiti Covid-19 menyebabkan tidak dapat segera kembali. Pada Rabu, dia diberitahu mereka terpaksa membawanya keluar hospital sebelum membawanya ke rumah jagaan.

Katanya, ibu masih hidup selama 24 dan 25 hari tanpa sebarang makanan dan air serta titisan IV.

Ibunya yang berbaring atas katil di rumah jagaan dipantau oleh jururawat setiap hari dan mereka melakukan kerja yang cemerlang tetapi etika ditetapkan bagi penjagaan akhir hayat hanya dibiarkan mati perlahan-lahan kerana dehidrasi dan kekurangan zat makanan.

Pengarah Jururawat Komuniti Kesihatan Bersepadu Timur Lembaga Kesihatan Universiti Betsi Cadwaladr, Andrea Hughes mengucapkan takziah kepada keluarga Taylor atas kehilangan itu.

Walaupun tidak dapat mengulas mengenai kes itu secara terperinci, beliau berkata, pihaknya berhubung setiap hari dengan Taylor mengenai penjagaan ibunya dan sedang menjalankan siasatan.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Bapa Meraung Dlm Bilik Dan Kakak Tidak Sempat Masak Makanan Permintaan Adik

“Saya tahu, abah tak kuat hadapi kenyataan ni, jadi kami adik beradik kena kuat demi abah,” itu yang diluah kakak kepada mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang, di Kampung Batu Bor, di sini, pada Sabtu.

Farah Norain Mohd Fauzi, 22 memberitahu, bapanya, Mohd. Fauzi Mohamed Jidin, 52 yang tidak dapat menahan kesedihan meraung seorang diri di dalam biliknya selepas melihat tempat tidur adiknya.

Jelasnya, walaupun bapanya jarang berbual mesra dengan adiknya, namun sebagai bapa sudah pasti terasa kehilangan ini.

“Saya paling rapat dengan dia. Kali terakhir dia telefon saya Khamis minggu lepas, dan beritahu saya yang dia teringin nak makan masakan saya.

“Saya sedih bila teringat kata-kata dia. Saya tak dapat tunaikan hajat adik sebab saya dah kerja di Kuantan dan hanya masak kalau balik ke rumah,” katanya ketika ditemui KOSMO!.

Farah Norain berkata, antara makanan kegemaran adiknya itu ialah ayam masak kari dan goreng pedas.

Difahamkan, Faizal Akmal Fikri yang bekerja di kedai membasuh kereta merupakan anak bongsu kepada tujuh beradik yang tinggal bersama bapanya di Kampung Bukit Lada Awah, Temerloh.

Sementara itu, Mohd. Fauzi berkata, anaknya seorang yang periang itu tidak pernah memberi masalah kepada keluarga, malah tidak berat tulang untuk membantu sesiapa yang bermasalah.

“Saya memang tak tahu dia nak mandi di sini. Sebab kami bercakap perkara-perkara penting sahaja.

“Cuma, saya berharap sangat anak saya dapat dijumpai secepat mungkin. Itu sahaja harapan saya sebagai seorang bapa,” katanya.

Mohd. Fauzi yang juga berniaga kedai runcit memberitahu pernah meletakkan harapan kepada anaknya itu untuk menyertai pasukan penyelamat seperti tentera, polis dan bomba, namun Faizal Akmal Fikri tidak berminat untuk menyertainya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sobree Mohamed Salleh berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung bemula pukul 8 pagi dalam radius 10 kilometer (km) dari lokasi mangsa hilang.

Katanya, seramai 54 anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) terlibat dalam operasi SAR.

“Kita melakukan operasi sehingga ke kawasan Jambatan Chenor iaitu dalam radius 10 kilometer dari lokasi mangsa hilang.

“Keadaan air sungai surut tapi deras. Namun operasi SAR masih diteruskan dengan bantuan sukarelawan dan penduduk kampung berdekatan,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

 

Share.

Leave A Reply