3 Hari Tersepit Dalam Kereta Selepas Terbabas. Allahu… | SUNGAI PETANI – Umur seorang warga emas masih panjang apabila dia ditemui masih bernyawa selepas tiga hari terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil berdekatan Taman Chempaka, Bukit Selambau di sini pada Jumaat lalu.
TIDAK SEDARKAN DIRI
Ketika ditemui, Che Ishak Shaari, 72, dilaporkan tidak sedarkan diri setelah tersepit di dalam kenderaannya.
Menurut anak mangsa, Mohd. Haidie, 46, bapanya sempat memaklumkan dia terbabas ketika dalam perjalanan ke Kuala Ketil pada pukul 6.10 pagi, 18 Julai lalu.
MINTA MAKANAN DAN AIR
“Dia (bapa) beritahu lapar kerana tidak menjamah sebarang makanan selama empat hari sejak malam Isnin lalu (17 Julai) sebaik tersedar. Dia meminta makanan dan air.
“Bapa saya masih belum pulih sepenuhnya. Kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk polis yang terlibat dalam mencarinya sejak hari pertama dilaporkan hilang,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam.
Cerita Mohd. Haidie, pada hari kejadian, seorang penduduk kampung Bukit Selambau mengesan sebuah kereta Proton Iswara remuk di kawasan cerun pada Khamis lalu. Lelaki itu bagaimanapun tidak menghampiri kereta itu kerana cuaca gelap.
“Semasa pulang ke rumah, dia terkejut apabila ternampak hantaran di Facebook mengenai pencarian warga emas hilang dan kereta tersebut sama seperti dilihat sebelum itu.
“Lelaki itu menghubungi saya sebelum saya bergegas pulang ke Kedah dari ibu negara. Pada pukul 7.45 pagi, saya pergi ke lokasi berkenaan. Alhamdulillah kami jumpa bapa,” ujarnya.
Jelasnya, sepanjang kehilangan bapanya, dia dan lima adik-beradik berasa susah hati selepas lebih 50 panggilan telefon tidak dijawab.
“Walaupun berjauhan, kami kerap menghubungi bapa sebab dia tinggal seorang diri,” katanya.
DILAPORKAN WARGA EMAS HILANG
Semalam melaporkan seorang warga emas yang hilang sejak Selasa lalu ditemui tersepit di dalam kereta pagi Jumaat selepas terlibat kemalangan di kawasan cerun Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil.
Mangsa dari Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil ditemui orang awam pada pukul 7.45 pagi.
Lelaki itu mengalami kecederaan patah tangan kiri selain luka pada badan serta kepala.
Sebelum ini dilaporkan, Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu ditemui tersepit di dalam keretanya pada pagi semalam selepas terlibat kemalangan di kawasan cerun Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil berdekatan Taman Chempaka, Bukit Selambau, dekat sini.
Mangsa, Che Ishak Shaari, 72, dari Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, di sini ditemui orang awam kira-kira pukul 7.45 pagi.
Mangsa yang mengalami kecederaan patah tangan dan pendarahan pada kepala dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, dekat sini untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, anak mangsa, Mohd. Haidie, 46, yang tinggal di Batu Caves, Selangor membuat laporan polis tentang kehilangan warga emas itu di Balai Polis Gombak pada Rabu lalu.
Katanya, mangsa kemudian ditemui oleh orang awam dalam keadaan masih tersepit di dalam kereta jenis Proton Iswara di kawasan cerun tersebut.
“Seorang rakan mangsa memaklumkan mangsa hanya sesekali pulang ke rumah yang mana kebanyakan masanya tidur di dalam kereta di Stesen Bas Kuala Ketil sejak sembilan bulan lalu.
“Mangsa juga pernah beberapa kali ditegur rakan-rakannya kerana sukar dihubungi gara-gara tidak mengecas telefon,” katanya di sini hari ini.
Sumber : Kosmo