3 Maut Seorang Cedera Kereta Bertembung Treler

| March 28, 2021 | 0 Comments

3 Maut Seorang Cedera Kereta Bertembung Treler | Sebuah kereta yang dinaiki 4 orang terlibat kemalangan akibat bertembung treler hingga mengorbankan 3 orang. Baca selanjunya..

TERSEPIT AKIBAT REMPUHAN

Bentong – Tiga maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Jalan Bentong-Raub berhampiran Taman Desa Damai di sini, awal pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 3.43 pagi bergegas ke tempat kejadian mendapati empat mangsa berada dalam kereta jenis Myvi terdiri daripada dua wanita dan dua kanak-kanak.

“Tiga mangsa tersepit dan seorang telah dikeluarkan orang awam manakala dua mangsa lagi dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat.

“Ketiga-tiga mangsa tersepit meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Bentong,”katanya di sini, hari ini.

Tambahnya , seorang lagi mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *