3 Rentung Dalam Kemalangan Libatkan Lima Kenderaan.

| August 15, 2020 | 0 Comments

3 Rentung Dalam Kemalangan Libatkan Lima Kenderaan. | SEGAMAT – Tiga rentung dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang dekat Kampung Melayu Raya di sini malam tadi.

Kemalangan

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II Fuad Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 malam dan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat dan Labis bersama dua jentera pemadam (FRT) dan sebuah jentera EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu dua buah kereta jenis Proton Saga, sebuah kereta Proton Wira, sebuah kereta Honda Accord dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

“Dua mangsa rentung ditemui dalam sebuah Proton Saga manakala seorang lagi mangsa dalam kereta Honda Accord.

“Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa rentung masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sembilan mangsa selamat termasuk pemandu Perodua Alza dikenali Mohamad Raqib Fitri Mohamad Asri, 23.

“Selain itu, individu yang terselamat ialah individu dalam Proton Wira, dan tujuh individu dalam sebuah lagi Proton Saga iaitu pemandu, Zamri Shedek, 39, dua wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa terperangkap dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *