3 Tempat Makan Tengah Hari Best Di Besut, Terengganu | Besut merupakan salah satu daearh di negeri Terengganu. Sudah pasti anda semua tahu tentang negeri Terengganu kaya dengan pelbagai pulau serta makanan yang lazat. Berikut merupakan 3 tempat makan tengah hari best yang mempunyai rating tinggi di Google.

1.Kedai Nasi Berlauk Moksu Yah.

Sudah menjadi kebiasaan orang kita akan mencari nasi berlauk pada setiap hari. Kedai Nasi Berlauk Moksu Yah menyediakan pelbagai jenis lauk masakan darinya. Kedai ini juga beroperasi pada setiap hari bermula 7 pagi sehingga 4 petang. Antara hidangan yang disediakan adalah nasi kerabu, nasi lemak, nasi kerutup itik, nasi dagang, nasi minyak, nasi arab, nasi ayam, nasi sup, gulai dalca terung dan pelbagai lagi. Kedai ini beralamat di Jalan Kayu Kelat 4, Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut, Terengganu. Akibat penularan Covid-19 ini juga, kedai Nasi Berlauk Moksu Yah menyediakan servis pengahantaran makanan ke kawasan yang berdekata. Selain itu, anda juga boleh layari laman rasmi facebook Kedai Nasi Berlauk Moksu Yah.

2. Nasi Dagang Hari Minggu Besut.

Nasi Dagang adalah jenis makanan yang terkenal di negeri Terengganu. Orang ramai pasti akan mencuba hidangan nasi dagang yang asli di Terengganu. Antara kedai yang menyediakan menu ini adalah kedai Nasi Dagang Hari Minggu di Besut, Terengganu. Kedai ini beroperasi setiap hari bermula 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Kedai ini juga bertempat dia Kampung Kuala Besut, Besut, Terengganu.

3. Cendol Zam. 

Waktu tengah hari mesti seronok kan bila kita makan cendol? Jangan tak tahu yang Cendol Zam pun ada sediakan cendol yang sedap di kawasan Besut. Bukan sahaja cendol, malahan pelbagai makanan lagi seperti laksa penang, pasembur, ikan/udang celup tepung, keropok lekor goreng dan macam-macam lagi. Kedai Cendol Zam ini terletak di Depan Masjid Ibnu Abbas, Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu. Anda juga boleh hubungi di talian 013 445 4864 untuk sebarang tempahan atau layari laman rasmi facebook mereka. Kedai ini juga beroperasi pada khamis sehingga isnin, bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Haa sekarang dah tahu kan tempat makan tengah hari best di Besut? Jadi bagi anda yang akan ke terengganu tidak kira untuk bercuti ke urusan peribadi ke, jangan lupa untuk singgah kedai makan nasi berlauk Moksu Yah, Nasi Dagang Hari Minggu Besut dan Cendol Zam. Selamat mencuba!

 

Share.

Leave A Reply