38 Individu Ditahan Berkumpul Dan Berlumba Haram

| June 20, 2021 | 0 Comments

38 Individu Ditahan Berkumpul Dan Berlumba Haram | Kes lumba haram di Malaysia bukanlah satu isu yang baru malah masyarakat kita sudah terbiasa  dengan isu ini. Hal ini kerana lumba haram sering dijadikan tempat untuk para mat rempit menujukkan kehebatan mereka. Perkara ini menjadi kerisauan pelbagai pihak kerana aksi merbahaya yang dilakukan di atas jalan hanya mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada mereka malahan pemandu jalan raya yang lain.

38 Individu Ditahan Berkumpul Dan Berlumba Haram

Klang: Polis menahan seramai 38 individu termasuk remaja kerana berkumpul dan berlumba haram di Lebuh Raya Selat Klang Utara di sini semalam.

Kesemua suspek berusia diantara 16 hingga 25 tahun itu ditahan dalam satu operasi yang bermula sejak jam 5 petang sehingga jam 10 malam dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, berdasarkan siasatan mendapati 12 remaja yang ditahan dalam kumpulan tersebut berlumba haram dan selebihnya adalah menyaksikannya.

Menurutnya, kumpulan remaja tersebut berlumba secara suka-suka dan tiada ganjaran diletakkan untuk pemenang.

Katanya, pihaknya juga menyita 24 buah motosikal dan mengeluar 92 keping saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Kesemua suspek turut dikenakan kompaun kerana kesalahan berkumpul di tempat awam untuk berlumba haram dan tiada penjarakan fizikal.

Jelas beliau, kesemua kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *