4 Kru Kapal Dayang Topaz Yang Hilang Ditemui.

| October 26, 2020 | 0 Comments

4 Kru Kapal Dayang Topaz Yang Hilang Ditemui. | KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan empat yang hilang ditemui pada berhampiran lokasi kejadian dan di bawa ke kapal yang terbabit dalam Operasi Carilamat, jam 9.25 pagi ini.

Kesemua mangsa yang terjun ke laut sejumlah 124 orang berjaya diselamatkan manakala seorang meninggal dunia, 62 kru masih berada di atas kapal Dayang Topaz.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian disyaki berpunca daripada salah satu kabel sauh Kapal Dayang Topaz di terputus ekoran daripada cuaca buruk dan kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut melanggar platform pelantar Minyak beram B.

MRCC Putrajaya kini sedang bekerjasama dengan syarikat carigali minyak PETRONA, Shell, Tentera Udara Malaysia (TUDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), National Search Coordination Center (NSCC) Brunei, yang telah menugaskan sebuah pesawat Brunei Shell Petroleum termasuk Komuniti Nelayan Tempatan.

Aset yang terbabit KM Siagut, KM Siakap dan Bot Penggalang 23, kini berada di lokasi kejadian untuk memantau keselamatan mangsa dan aset-aset SAR yang berada di lokasi kejadian.

Keadaan laut masih bergelora dengan ketinggian 3.5 ke empat meter paras ketinggian.

Sumber : BH

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *