4 Lelaki Diburu Polis Disyaki Menculik, Membunuh | Polis kini dilaporkan sedang memburu empat lelaki termasuk seorang saksi kejadian dipercayai terbabit dalam kes menyamar sebagai anggota polis, menculik dan membunuh seorang lelaki berusia 39 tahun di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut pada 13 November lalu.

4 Lelaki Diburu Polis Disyaki Menculik, Membunuh

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, semua suspek yang masih bebas dipercayai terbabit dalam jenayah itu bersama dua lagi rakan mereka yang diberkas polis di sebuah rumah dekat Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur, pada 14 November lalu.

Dua lelaki dilaporkan telah didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini selepas mereka direman selama 10 hari sejak 14 November lalu, bagi membantu siasatan.

Beliau menyebut bahawa empat lelaki terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 302/ 364/170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati bersama dua lagi rakan mereka yang didakwa hari ini dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun yang sama.

Empat suspek yang diburu polis tersebut dikenali sebagai A Davadas (Deva), 41, beralamat di No 4 Batu 15 ½ Templer Park, Rawang, Selangor; P Xavier (Beckam @ Bob), 42, beralamat di 02-12 Blok Selasih, Taman Tun Teja, Batu 6, Rawang, Selangor.

Manakala dua lagi lelaki, C Murugan (Romeo), 40, beralamat di No 717, Tingkat 6, Blok C, Taman Prima Selayang, Batu Cave, Selangor dan S Panirselvam (Panir), 31, beralamat di 10-1-23 Jalan 2/1a, Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur.

Sebelumnya, dua lelaki ditahan kerana menyamar polis dan menculik serta membunuh.

Ia berikutan polis menerima aduan daripada isteri mangsa berumur 38 tahun yang mengatakan suaminya dilarikan sekumpulan lelaki dan ‘polis’ ketika berada di rumah di Bandar Springhill, Lukut, 14 November lalu.

Polis turut menerima panggilan pada jam sekitar 4.30 petang hari yang sama, memaklumkan suami mangsa berada di Hospital Selayang, Selangor.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 pagi oleh Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Selayang.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply