45 Maut Dalam Nahas Babitkan Pesawat Tentera Filipina |  Sekurang-kurangnya 45 orang dilaporkan terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah pesawat tentera Filipina terhempas dan meletup akibat terlajak dari landasan ketika cuba mendarat.

45 Maut Dalam Nahas Babitkan Pesawat Tentera Filipina

Pesawat C-130 Hercules yang dikatakan membawa sekurang-kurangnya 85 penumpang itu dilaporkan cuba mendarat di Pulau Jolo, wilayah Sulu, tengah hari semalam sebelum terhempas dan meletup serta terputus dua.

Mejar Jeneral Komander Pasukan Petugas Khas Bersama-Sulu, Mejar Jeneral William Gonzales berkata, insiden ini merupakan satu insiden penerbangan ketenteraan paling tragis di negara itu.

Oleh itu, beliau mengajak rakyat Filipina untuk sama-sama mendoakan mereka yang cedera dan maut dalam kejadian ini.

Antara yang terkorban ialah 42 orang tentera dan tiga orang awam selain 49 tentera dan empat orang awam lagi dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital.

Manakala seramai lima anggota tentera dilaporkan masih hilang.

Sementara itu, Ketua Jeneral Angkatan Tentera Filipina, Cirilito Sobejana berkata, pesawat tersebut membawa anggota dari Cagayan de Oro di selatan pulau Mindanao sebelum dijadualkan mendarat di Jolo.

Jelasnya, pesawat itu cuba dihidupkan kembali kuasanya namun gagal.

Pesawat tersebut dilaporkan membawa sebilangan besar kadet yang baru lulus daripada latihan ketenteraan asas di negara itu dan punca kejadian sedang disiasat.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply