47 Pertuduhan Terhadap Ahmad Zahid. Ini Penjelasan Peguam

| September 6, 2021 | 0 Comments

47 Pertuduhan Terhadap Ahmad Zahid. Ini Penjelasan Peguam | Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah dihadapkan dengan 47 pertuduhan selepas menghadiri prosiding sambung bicara kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini.

47 Pertuduhan Terhadap Ahmad Zahid. Ini Penjelasan Peguam

Menurut peguam kepada bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit, Hisyam Teh Poh Teik, 47 pertuduhan yang dikenakan keatas Ahmad Zahid adalah sebagai satu bentuk ‘penindasan berlebihan’.

Beliau yang mewakili Ahmad Zahid mendakwa pendakwa raya menunjukkan ketidakadilan dengan memilih untuk mendakwa anak guamnya dengan jumlah pertuduhan sebegitu.

Perkara terbabit telah dimaklumkan pada hujahan akhir perbicaraan membabitkan Ahmad Zahid, 68, yang berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Hisyam menegaskan bahawa undang-undang tidak membenarkan perkara terbabit berlaku malah beliau menyatakan bahawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak perlu untuk diadili sekiranya berpandukan kepada tuduhan rasuah dan Akta Pencegahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Dalam hujahan Hisyam di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah tadi, beliau memberitahu bahawa pendakwa raya juga telah melakukan ketidak adilan prosedur dan melanggar Seksyen 51A (1) ( c ) Kanun Tatacara Jenayah.

Jelasnya, pendakwaan bagi kes terbabit boleh dilakukan dengan menjumpai banyak bukti yang memihak kepada tertuduh, contohnya:

-Maklumat yang didedahkan oleh tertuduh memberikan kekebalan kepada tertuduh dari pendakwaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah sub-sekeyen 30(7) Akta SPRM.

-Berkenna 31 cek dengan caj (pengubahan wang haram) adalah dicop dan tidak ditandatangani secara peribadi oleh tertuduh.

-Bahawa penderma yang telah memberikan sumbangan telah mengatakan bahawa sumbangan yang mereka berikan semuanya dimaksudkan untuk tujuan amal atau keagamaan.

-Bahawa saksi atas tuduhan rasuah telah disahkan bahawa tidak ada unsur rasuah.

Hisyam turut mendakwa bahawa pihak pendakwa raya kini cuba menafikan tertuduh untuk mempertahankan imunitinya di bawah Seksyen 30 (7) Akta SPRM.
Menurut laporan Awani, pihak tertuduh kini merasakan bahawa pertuduhan terhadap Ahmad Zahid perlu digugurkan kerana terdapat banyak penyalahgunaan proses akibat terlalu banyak pendakwaan sehingga berlaku ketidakadilan.
Sebelumnya, Ahmad Zahid dilihat tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.20 pagi tadi serta dikatakan terus memasuki kompleks mahkamah.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dengan pasukan pembelaan diketuai Hisyam.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *