53 Individu Termasuk Tiga Wanita Ditahan Akibat Dadah

| April 11, 2021 | 0 Comments

53 Individu Termasuk Tiga Wanita Ditahan Akibat Dadah | Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini malah masalah seperti ini telah berlaku sejak ratusan tahun lalu.

Masalah penyalahgunaan dadah ini juga bukan berlaku dalam kalangan lelaki sahaja, golongan wanita juga kebanyakannya terlibat ekoran daripada kesulitan wang atau pengaruh daripada orang sekeliling menyebabkan mereka terlibat dalam dunia tidak bermoral itu.

53 Individu Termasuk Tiga Wanita Ditahan Akibat Dadah

Melaka: Seramai 53 individu termasuk tiga wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah melalui Ops Sarang/ Tapis di Alor Gajah, semalam.

Operasi yang dilakukan melebihi 14 jam itu berakhir pada 4.30 petang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin.

Menurut Ketua JSJN Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, sepanjang operasi yang membabitkan seramai 87 anggota termasuk pegawai itu, didapati sebanyak 49 serbuan telah dilakukan di kawasan yang dikenal pasti menjadi sarang penagihan dadah.

Hasil daripada operasi tersebut, seramai 53 individu yang ditahan membabitkan mereka yang berusia antara 18 hingga 41 tahun manakala tangkapan bagi tiga wanita berkenaan berusia 21, 26 dan 28 tahun. Zulkiflee berkata, mereka turut menahan seorang lelaki yang dipercayai tokan dadah. Pihak polis juga turut merampas sejumlah dadah dipercayai syabu dan heroin yang dianggarkan lebih 50 gram.

Beliau berkata, keseluruhan dadah yang dirampas dalam operasi tersebut dianggarkan lebih 65 gram dengan nilai RM4,049. Menurutnya, tangkapan terbanyak yang membabitkan ujian air kencing iaitu 36 orang diikuti memiliki dadah (14) dan dua tangkapan membabitkan individu dikehendaki serta satu tangkapan atas kesalahan bekalan.

“Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1) akta sama,” katanya.

Beliau berkata, pihak mereka akan terus mempergiatkan usaha bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di negeri ini dan kerjasama oarang awam dialu-alukan untuk memberikan maklumat kepada mereka supaya tindakan segera dapat diambil.

Sementara itu, Zulkiflee berkata, sebanyak 13 saman turut dikeluarkan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Alor Gajah yang membabitkan kesalahan trafik.

Tambahnya, pemeriksaan dijalankan turut mendapati lelaki yang dipercayai tokan dadah itu mempunyai enam waran tangkap yang belum dijelaskan serta satu saman biasa.

Sumber: Harian Metro 

 

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *