6 Murid Cedera Siling Sekolah Runtuh Akibat Dilanda Ribut.

| August 10, 2020 | 0 Comments

6 Murid Cedera Siling Sekolah Runtuh Akibat Dilanda Ribut. | Sekurang-kurangnya enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim di sini, cedera selepas bumbung kelas di bangunan tiga tingkat sekolah berkenaan diterbangkan angin akibat ribut, pagi Selasa.

Ribut Di Melaka

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah pada jam 10.17 pagi memaklumkan kejadian.

“Maklumat awal kami terima terdapat enam murid mengalami cedera ringan, luka-luka di kepala dipercayai dihempap siling.

“Manakala 22 murid turut diberikan rawatan oleh petugas keselamatan ekoran mengalami trauma,” katanya.

Kesemua mangsa kini dihantar ke hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, kenderaan pasukan keselamatan termasuk bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan siren ambulans juga bertali arus di sekitar kawasan Malim.

Difahamkan, kejadian itu turut mengakibatkan beberapa kawasan perumahan dan premis perniagaan di sekitar kawasan itu.

Pihak berkuasa juga sedang mengenal pasti jumlah sebenar mangsa dan kawasan yang terjejas.

Petugas media juga turut dihalang berada di dalam kawasan sekolah.

Sumber : Astro Awani

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *