6 Pelantar Ikan Kuala Perlis Musnah Terbakar | KUALA PERLIS: Enam pelantar ikan termasuk sebuah yang dimiliki Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Sungai Baru di sini, musnah dalam kejadian kebakaran pada pukul 1.20 pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis, Penguasa Kanan Bomba 1 Ruhisha Haris berkata, sebaik menerima panggilan, sepasukan pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Simpang Empat dan Kuala Perlis dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba api sedang marak membakar enam pelantar ikan dan api berjaya dipadamkan 10 minit kemudian.

“Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah pelantar ikan milik seorang lelaki dan sebelum merebak ke pelantar ikan bersebelahan kiri dan kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruhisha berkata, kebakaran itu turut memusnahkan dua bot nelayan dan tiga motosikal selain pukat serta tong ikan yang yang diletakkan di pelantar ikan berkenaan.
Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan nilai kerugian serta punca kejadian masih disiasat.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply