7 [email protected], 37 Cedera Dalam Serangan Bom | Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 37 lagi cedera dalam serangan bom berasingan di wilayah tengah Somalia, Hiran pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Letupan bom di Buuloburte mengorbankan enam nyawa dan mencederakan hampir 30 orang manakala dua serangan bom di Jalaqsi dilaporkan membunuh seorang dan mencederakan tujuh lagi mangsa.

Mohamed Ibrahim Moalimu, seorang ahli parlimen persekutuan berkata dalam satu kenyataan di Facebook, mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dihantar ke Mogadishu untuk menerima rawatan.

Kumpulan al-Shabaab, mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Kumpulan itu mendakwa pihaknya menyasarkan kem tentera di Buuloburte dan Jalalaqsi.

Al-Shabaab menggandakan serangannya terhadap tentera dan sekutu tempatannya sejak Presiden Somalia Hassan Skeikh Mohamud mengisytiharkan “perang habis-habisan” ke atas kumpulan itu tahun lepas.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang ketidakstabilan yang semakin meningkat di negara itu, mengeluarkan laporan berkala tahun lalu dengan memperincikan serangan oleh al-Shabaab dan kumpulan pengganas pro-Daesh/ISIS.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel Lain

Suspek Buat Bom Sendiri, Belajar Dari YouTube

Hubungan sulit antara mangsa dan isteri suspek dipercayai motif kejadian letupan bom buatan sendiri di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu sehingga menyebabkan seorang tukang masak maut.

Difahamkan, suspek bekerja sebagai pembuat seramik belajar membuat bom buatan sendiri menerusi Youtube.

Sumber berkata, tindakan mangsa yang mempunyai hubungan sulit itu sudah diketahui suspek sejak Mei tahun lalu.

“Mangsa kemudian melarikan diri dari Kedah dan berpindah ke Ampang sebelum berlaku kejadian letupan berkenaan.

“Siasatan lanjut kini sedang berjalan. Polis tidak menolak kemungkinan suspek belajar membuat bom dari Youtube,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, susulan daripada kejadian itu polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 30 tahun ditahan di Serdang dan Kedah pada jam 7.20 malam Selasa.

“Perintah tahanan reman sudah dipohon dan Majistret membenarkan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.

Dalam kejadian 8.55 malam itu, tukang masak sebuah restoran berusia 28 tahun maut apabila berlaku letupan ketika memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya.

Mangsa parah pada badan dan tangan. Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia pada 9.45 malam.

Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.

Sumber : Harian Metro

 

Dua Bom Meletup Ragut Nyawa Lapan Orang

Dua Bom Meletup Ragut Nyawa Lapan Orang | Sekurang-kurangnya dua bom meletup di luar sebuah penjara di bandar hab komersial Myanmar, Yangon, hari ini, yang telah meragut nyawa lapan orang dan mencederakan 18 yang lain.

Myanmar berada dalam kemelut berpanjangan sejak rampasan kuasa oleh tentera yang menggulingkan kerajaan rakyat pimpinan Aung San Suu Kyi, menyebabkan pergolakan berlanjutan di seluruh negara.

Dalam insiden hari ini, dua bom tersebut dikatakan mengenai kawasan orang ramai yang sedang beratur untuk menyerahkan bungkusan kepada banduan di Penjara Insein, kata pihak berkuasa junta dalam satu kenyataan tanpa memberitahu jumlah letupan.

Ia bagaimanapun menyalahkan ‘pengganas’ sambil menambah, mangsa terkorban termasuk kakitangan penjara dan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

Tambah kenyataan sama, anggota keselamatan juga dapat menyahaktif periuk api buatan sendiri yang ditemui dekat lokasi letupan.

Menurut seorang saksi, letupan pertama berlaku sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan).

“Kemudian, dua lagi letupan menyusul pantas. Selepas itu, kami turut terdengar bunyi tembakan.

“Saya dapat melihat orang ramai dalam keadaan berdarah. Kaca di sekitar kaunter (bungkusan) turut pecah,” katanya.

Tambah saksi lain, anggota keselamatan telah mengepung kawasan sekitar penjara era penjajahan itu selepas letupan berlaku.

Beberapa gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan keadaan selepas letupan berlaku yang memaparkan kesan darah di atas lantai dan sekitar kaunter selain tingkap kaca yang pecah.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply