7 Orang Disyaki Maut Dalam Nahas Pesawat Ringan Terhempas | Kemalangan melibatkan sebuah pesawat ringan, Cessna Citation 501 dilaporkan telah terhempas ke dalam sebuah tasik di Tennessee, baru-baru ini melibatkan tujuh penumpang yang disyaki berikutan insiden tersebut.
Pihak berkuasa telah menjelaskan dalam satu siaran media pada malam Sabtu bahawa mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden telah dapat dikenalipasti sebagai William J. Lara, Gwen S. Lara, Jennifer J. Martin, David L. Martin, Jessica Walters, Jonathan Walters, dan Brandon Hannah.
Menurut Pegawai Maklumat Awam Rutherford County Ashley McDonald dalam satu kenyataan, pesawat berkenaan dilaporkan sedang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach di Florida dari Lapangan Terbang Smyrna yang terletak kira-kira 20 batu di selatan Nashville apabila ia tiba-tiba terhempas ke dalam Tasik Percy Lake kira-kira jam 11 pagi.
Operasi di lokasi nahas telah beralih dari usaha mencari dan menyelamat ke usaha pemulihan, kata Komander Kejadian Bomba Rutherford County Kapten Joshua Sanders pada taklimat media Sabtu malam. Jelasnya lagi, mereka sedang berusaha mencari mangsa yang masih hidup sehingga saat ini dari lokasi nahas.
Ketua Bomba Rutherford, Joshua Sandars pula berkata usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan dengan operasi menyelam yang akan dilakukan dengan beberapa sasaran telah dikenal pasti dan ia bakal disambung pada pagi esok dalam satu kenyataan.