7 Warden Penjara Dan Seorang Banduan Maut Dalam Tangki Septik Di Penjara | Kehidupan di penjara sebagai seorang banduan mahupun pihak bertanggungjawab tidaklah mudah sepertimana umum ketahui. Mereka turut mempunyai tanggungjawab dan tugasan yang perlu dilakukan sepanjang tempoh berada dan bertugas di dalam penjara. Namun nasib tidak menyebelahi  mereka.

Tujuh orang warden dan seorang banduan telah disahkan maut di sebuah penjara Timur laut Algeria, semalam. Kematian mereka akibat oleh kesesakan nafas di dalam tangki septik. Tangki septik tersebut terletak di hujung fasiliti penjara Oued Ghir.

Media negara ini melaporkan bahawa mereka memasuki tangki di penjara Oued Ghir tersebut bertujuan untuk melakukan kerja pembersihan. Mayat kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Punca insiden tersebut masih belum diketahui. Menurut Menteri Keadilan Belkacem Zeghmati, punca insiden akan diketahui sebail sahaja sisatan awal selesai dijalankan. Beliau turut sama melawat lokasi kejadian bersama dengan Menteri dalam Negeri iaitu Kamel Beldjoud.

Menurut Ketua Pertahanan Awam Bejaia, mereka maut disebabkan oleh terhidu gas beracun. Gas beracun yang dihidu merupakan gas hidrogen sulfida.

Beliau turut memaklumkan bahawa anggota pertahanan awam telah membersihkan tangki tersebut secara keseluruhan sebelum mengeluarkan kesemua mayat mangsa yang maut di dalam tangki septik tersebut.

Hidrogen sulfida yang dihidu oleh semua mangsa merupakan bahan kimia yang amat berbahaya. Gas hidrogen sulfida merupakan gas kimia yang tidak berwarna serta amat mudah terbakar kerana ia amat reaktif terhadap bahan bakar. Ia juga merupakan gas yang berbau busuk dan boleh menyebabkan kematian kepada sesiapa yang menghidu gas tersebut kerana ia merupakan gas beracun.

Manakala Penjara Oued Ghir telah dibuka pada tahun 2010. penjara tersebut mampu menampung kapasiti sebanyak 1000 orang banduan pada satu masa.

Sumber : Berita Harian

 

Share.

Leave A Reply