8 Individu Ditahan Polis Kes Bergaduh Di Restoran. Ada Video

| April 18, 2021 | 0 Comments

8 Individu Ditahan Polis Kes Bergaduh Di Restoran. Ada Video | Polis kini telah menahan 8 individu yang didakwa terlibat dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Damai Perdana berdekatan Batu Cheras 9, di sini, baru-baru ini bagi membantu siasatan.

8 Individu Ditahan Polis Kes Bergaduh Di Restoran. Ada Video

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mmberitahu bahawa kesemua suspek adalah berusia dalam lingkungan 23 hingga 29 tahun dan ditahan ketika memberi keterangan di Balai Polis Gombak. Empat dari lapan individu yang terlibat dikatakan telah ditahan ketika mereka hadir memberi keterangan manakala empat yang lain turut menyerah diri di balai polis yang sama.

Tambah beliau, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 1 pagi pada hari kejadian pergaduhan membabitkan beberapa individu di sebuah restoran berdekatan Rawang. Punca pergaduhan adalah disebabkan salah faham antara seorang individu berusia 29 tahun bersama rakannya yang sedang minum di restoran tersebut dengan sekumpulan lelaki lain akibat insiden ejek-mengejek.

Kumpulan tersebut didakwa telah membaling botol ke meja individu tersebut dan perkara yang sama turut dilakukan oleh rakannya sebelum tercetus pergelutan di antara mereka. Pergaduhan yang berlaku telah menyebabkan seorang tercedera dan dilaporkan telah dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan lanjut. Dia dilaporkan mengalami cedera ringan di tangan serta dada namun dibenarkan pulang sejurus selesai menerima rawatan.

Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Arifai turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta untuk menghubungi balai berdekatan bagi membantu siasatan.

Tular satu video di media sosial berdurasi 30 saat yang memaparkan pergaduhan beberapa individu yang dilihat sedang membaling dan merosakkan kerusi di restoran berkenaan. Video tersebut telah mendapat 64.9 ribu tontonan dan telah dikongsi oleh ribuan warga net di media sosial.

Sumber: Berita Harian, Twitter

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *