9 Maut Selepas Bas Musnah Ditimpa Bangunan Runtuh Di Korea Selatan

| June 10, 2021 | 0 Comments

9 Maut Selepas Bas Musnah Ditimpa Bangunan Runtuh Di Korea Selatan | Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan lapan cedera parah di Korea Selatan telah dilaporkan selepas sebuah bangunan lima tingkat – yang dalam proses untuk dirobohkan – runtuh secara tiba-tiba sehingga menimpa sebuah bas, kata pegawai di sebuah stesen bomba tempatan.

9 Maut Selepas Bas Musnah Ditimpa Bangunan Runtuh Di Korea Selatan

Kemalangan tersebut berlaku pada hari Rabu petang ketika bas berhenti di jalan bersebelahan dengan lokasi perobohan di Gwangju, sekitar 270km (168 batu) barat daya ibu kota, Seoul, kata pegawai di Ibu Pejabat Bomba dan Keselamatan Gwangju.

Rakaman televisyen dramatik menunjukkan bas, yang membawa 17 orang di dalamnya, terkubur di dalam puing-puing dan dihempap ​​oleh awan debu yang besar ketika strukturnya menghilang.

Yang Ik-je, yang mengendalikan sebuah kedai di seberang jalan dari tapak pembinaan, mengatakan dia berlari ke luar, tersentak oleh suara kuat yang membuatnya merasa seolah-olah “bumi bergetar”.

Dia mmberitahu bahawa tidak dapat melihat jalan dengan baik, seolah-olah diselimuti kabut tebal, kepada agensi berita Yonhap sebelum bertindak memeriksa CCTV untuk mengetahui bahawa bangunan itu runtuh dan mengena sebuah bas.

Asbab sebenar keruntuhan tersebut masih tidak jelas, dan dikatakan siasatan polis sedang dijalankan selain semua pekerja di lokasi perobohan telah dipindahkan sebelum ia runtuh.

Korea Selatan telah mengambil langkah untuk meningkatkan rekod keselamatan infrastrukturnya berikutan sejumlah bencana yang berlaku sebelumnya.

Kejadian lain yang berlaku melibatkan runtuhan bangunan adalah kejatuhan sebuah gedung beli-belah yang telah mengorbankan lebih daripada 500 orang pada tahun 1995 merupakan bencana terburuk di negara terbabit selain jambatan runtuh tahun sebelumnya yang mengorbankan kira-kira 49 orang.

Sumber: AlJazeera

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *