Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, tidak menafikan ada dalam kalangan ahli MIC terbabit dalam tuntutan palsu berkaitan Progam Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).

Ada Ahli MIC Terlibat Dalam Tipu Dana PenjanaKerjaya. 'Ini' Komen Saravanan

Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Presiden MIC berkata, penglibatan individu berkenaan dalam tuntutan palsu itu tidak mempunyai kaitan dengan parti MIC.

Jelasnya, setakat ini tidak ada sebarang maklumat (mengenainya) tapi saya tidak boleh nafikanlah penglibatan individu, tapi itu tidak ada kaitan dengan MIC.

Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Flex Penang berhubung usaha memperkasa penempatan pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), di kilang Flex Plan 5, di sini hari ini.

Share.

Leave A Reply