Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran klip video menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama bendera negara Israel yang tersebar di media sosial.

(ADA VIDEO) Bendera Malaysia Dikibar Dengan Bendera Israel. 'Ini' Tindakan Polis..

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata siasatan dijalankan ekoran daripada satu laporan polis yang diterima pada jam 11.20 malam, kelmarin.

Menurut beliau, pengadu memaklumkan dia melihat satu klip video berdurasi 47 saat berkaitan kejadian itu dalam satu kumpulan WhatsApp sebelum tampil membuat laporan polis.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kejadian dalam klip video itu berlaku pada September lalu, ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel.

Katanya, lawatan dibuat menerusi Ziarah Kembara yang dikendalikan sebuah agensi pelancongan tempatan dan ketika lawatan, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan serta bendera Malaysia dikibarkan.

Menurut Ku Mashariman, satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Dalam pada itu, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan sebarang bahan berkaitan kejadian itu menerusi mana-mana platform.

Menurutnya, ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam.

Ulasnya, klip video itu dipercayai diviralkan semula untuk dikaitkan dengan isu Israel yang sedang panas sekarang.

Menerusi satu hantaran di media sosial pula, didapati ada pihak yang menjelaskan bahawa semasa lawatan di Tasik Galilee dengan bot itu, kapten bot berkenaan memainkan lagu Negaraku dan menaikkan bendera Malaysia.

(ADA VIDEO) Bendera Malaysia Dikibar Dengan Bendera Israel. 'Ini' Tindakan Polis..

Sumber: Berita Harian, Twitter

Video Tular Dapat Pelbagai Reaksi Netizen..Ā 
Video yang tular di media sosial ini telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet terutamanya di laman Twitter selain mendapat jumlah tontonan sebanyak 80.1K serta ribuan tanda ‘Suka’ oleh netizen.
Menurut komen dari @hrashidah3, ” Naik benci pula aku dengan segolongan manusia yang bersusah payah sangat hendak kait Kerajaan baru dengan Israel. Desperate sangat dah. Nampak taktik murahan sangat dah. Orang bodoh je percaya benda-benda begini”.
(ADA VIDEO) Bendera Malaysia Dikibar Dengan Bendera Israel. 'Ini' Tindakan Polis..
Manakala, komen dari @JohnDol83, “Put aside bab semua benda nak dipolitikkanā€¦ Ramai salahkan gov masa September 2022 ni? kenapa tak salahkan rakyat Malaysia dalam group ni yang tak tegur ā€œsila hormati pendirian Malaysia terhadap Israel dengan tidak mengibarkan bendera kami bersama bendera Israelā€.
Menerusi komen @HIdnal, ” Baru nak cakap benda ni. Semuanya bertudung bagai. Laki kat depan tu siap pakai kopiah cap. Lagi satu laki kat depan tu tabik hormat kat bendera. Pastu last sekali siap sebut Alhamdulillah. Time Palestin kena bomb, puakĀ² ni juga yg meroyan kat FB. Bangang ke apa sebenarnya?”
(ADA VIDEO) Bendera Malaysia Dikibar Dengan Bendera Israel. 'Ini' Tindakan Polis..
Menurut komen yang diberikan oleh @FadhullahAli, “Genuine question. Kalau paspot tak iktiraf Israel, lokasi boat cruise ni di tanah Palestin la? Ka macam mana? Apapun, as Malaysian, aku tak setuju Jalur Gemilang dikibar bersama bendera Israel. Panji/bendera negara ni besar maknanya. Sekian.”
Manakala @eyitsfaroroo turut berkongsi pandangannya, “Tu satu hal. Lagi satu org2 ni pergi bercuti apasal nak pasang lagu Negaraku, siap naikkan bendera. Nampak sgt it’s a setup. Duduk Malaysia pun tak pernah nak mainkan lagu Negaraku ni lagi masa bercuti. Terpaling patriotik”.
Tidak kurang juga ada yang mengaitkan isu video viral ini dengan politik selain melihatnya sebagai satu cara untuk memburukkan kerajaan yang dipimpin PH ketika ini.
Menerusi komen @azlierzimi, “Maaf mungkin tak berkenaan. Tapi saya pelik betul, bila PH memerintah je mesti benda-ii pelik ni keluar. Kalau tak sebelum ni senyap je. Padahal perkara-perkara sebegini ada juga berlaku sebelum PH memerintah, cuma tidak dihebohkan. Agenda memburukkan seperti ini perlu dicantas”.
(ADA VIDEO) Bendera Malaysia Dikibar Dengan Bendera Israel. 'Ini' Tindakan Polis..
Sumber: Twitter

Share.

Leave A Reply