(Ada Video) Dituduh Netizen Banjir Sebab Balak? Ini Jawapan MB Kedah | Fenomena yang menyebabkan berlaku banjir kilat pada petang Rabu di Yan, Kedah dikatakan tiada kaitan dengan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai di sini, menurut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Kepala air landa kaki Gunung Jerai
Kita doakan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.#SinarHarian#GunungJerai pic.twitter.com/mnEwsZHFlD
— SinarOnline (@SinarOnline) August 18, 2021
Jelasnya, ia tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti pembalakan disebabkan Hutan Simpan Gunung Jerai tersebut telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.
Hal ini menurut Sanusi telah dikaitkan dengan fenomena kepala air yang berlaku di kawasan puncak Gunung Jerai sehingga menyebabkan beberapa kawasan sekitar terjejas teruk akibat banjir yang melanda tersebut.
Baru-baru ini, lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai dan taman perumahan di Bandar Yan dan Gurun dilanda banjir kilat, kira-kira jam 3 petang.
Sumber: Sinar Harian