(Ada Video) Isteri Berang Harus Tunggu 30 Minit Dihalang Double Park & Tidak Tinggalkan Nombor Telefon! Seorang isteri terpaksa menunggu hampir 30 minit bagi pemandu kereta yang menghalang laluannya untuk beransur keluar. Baca seterusnya.

Dekat Malaysia tak sah kalau tiada pengguna jalan raya yang bersikap mementingkan diri sendiri serta boleh menyusahkan orang lain. Ada pengguna yang sanggup meletak kenderaan mereka di tempat parkir OKU, tak beri tempat duduk kepada orang memerlukan dan banyak lagi. Kalau sebut satu persatu sampai esok tak habis!

Sama jugalah situasi yang dialami oleh seorang wanita ini apabila suaminya sendiri ada memuat naik satu video di Facebooknya Shahrudin MA Suhilee berkongsi tentang pemandu tiada common sense.

Dalam posting tersebut, suaminya yang lebih dikenali sebagai Shahrudin memaklumkan yang pengguna kenderaan yang suka ‘double park’ terutama sekali di kawasan hospital yang padat perlulah bersikap tidak mementingkan diri sendiri iaitu dengan letakkan nombor telefon pada cermin kereta.

Kena tunggu 30 minit, bila sampai terhegeh-hegeh pula masuk kereta

Menurutnya lagi, isterinya terpaksa menunggu hampir 30 minit bagi pemandu kereta yang menghalang laluannya untuk beransur keluar. Isterinya juga hampir menangis sebab banyak urusan tergendala terutamanya nak ambil anak sekolah dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyakitkan hati lagi bila sampai sahaja pemandu wanita yang halang tempat parkir tersebut, dia nampak langsung tak panik atau tergopoh gapah masuk dalam kereta malah sempat letakkan barang-barang yang dibawanya di tempat duduk belakang kereta.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut geram dan terkilan dengan sikap pemandu terbabit. Ada juga yang memuji wanita tersebut yang sabar dalam mengendalikan situasi ini.

“Terhegeh-hegehnya masuk kereta” – Komen netizen.

Komen PemanduSumber: TikTok

Sekurang-kurangnya, minta maaflah bila kita sedar kesilapan kita dan jangan ulang lagi pada masa akan datang!

Sumber: LM

Share.

Leave A Reply