(Ada Video) Kanak-Kanak Hampir Jatuh Balkoni. Ini Tindakan Luar Jangka Seorang Lelaki | Tular satu video di media sosial, seorang lelaki berjaya selamatkan seorang budak perempuan yang hampir jatuh dari balkoni rumah.

Video yang dimuat naik di TikTok Malaysianupdatenews telah mendapat sambutan orang ramai, kerana lelaki itu berani memanjat rumah sebelah demi menyelamatkan budak perempuan tersebut.

Situasi di dalam video ini membuatkan orang ramai terkejut dan cemas apabila budak perempuan tersebut bergayut di balkoni rumahnya.

Namun, sikap keberanian seorang lelaki yang memanjat dari rumah sebelah untuk menyelamatkan budak perempuan itu telah mendapat pujian daripada netizen.

Ada yang kata lelaki itu patut diberi ‘ikon’ keberanian. Salute lah bang!

@malaysianupdatenews Allahuakbar tekejut tengok video ni..Salute betul dengan brader tu, terima kasih bro 🙏 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Kejadian yang berlaku di lokasi yang tidak diketahui itu bagaimanapun telah membuat banyak pihak tertanya-tanya bagaimana boleh terjadi.

Di dalam video terbabit, kanak-kanak itu sedang bergayut di balkoni dan ramai yang mempertikaikan di mana keberadaan ibu bapanya ketika itu kerana perkara yang terjadi itu sememangnya bahaya untuk nyawa anak kecil terbabit.

Semoga ibu bapa semua ambil iktibar daripada kejadian ini. Jangan biarkan anak-anak berada di rumah seorang diri sebab kita tak tahu apa yang akan mereka lakukan. Sekarang ni macam-macam benda boleh terjadi. Jadi, sentiasalah berwaspada ya!

SUMBER : Oh! Media

Share.

Leave A Reply