Pemandu lori berusia 41 tahun yang memandu secara melawan arus di Kilometer 5.5, Lebuhraya Linkedua direman empat hari, bermula hari ini sehingga Sabtu.

[ADA VIDEO] Pandu Lori Lawan Arus, Pemandu Direman 4 Hari

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini, bagi membolehkan siasatan terhadap suspek dilakukan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki itu ditahan pada jam 4.40 petang semalam selepas kira-kira 10 minit terbabit kemalangan dengan dua kereta, akibat memandu secara melawan arus.

Ketika ditahan, lelaki itu dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Apabila tiba di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu lori dikatakan terlepas susur ke PTP.

Pemandu lori memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan Nissan Almera yang berada di laluan itu.

Kejadian mengakibatkan pemandu Mercedes Benz cedera pada leher dan kaki manakala pemandu kereta Nissan serta pemandu lori tidak cedera.

Sumber: BH

Berita Berkaitan..

Bawa Lori Lawan Arus, Rupa-Rupanya Dibawah Pengaruh Alkohol..

Tindakan seorang pemandu lori melawan arus di lebuh raya Linkedua-Tanjung Kupang di sini, hari ini nyaris meragut nyawa beberapa pengguna jalan raya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian sebelum kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Kupang itu pada jam 4.31 petang hari ini.

Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan 13 anggota dihantar ke tempat kejadian dengan operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Syuhaidy Fazly Yahya.

“Kemalangan membabitkan lori lima tan yang dipandu melawan arus sebelum merempuh sebuah kereta jenis Mercedes Benz E250 dan kereta jenis Nissan Almera.

“Pemandu kereta Mercedes Benz E250 iaitu seorang lelaki berusia 44 tahun cedera ringan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum dibawa dengan ambulans untuk menerima rawatan.

“Lelaki berusia 41 tahun yang memandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta Nissan Almera iaitu seorang wanita berusia 46 tahun juga selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata pemandu lori berkenaan didapati berada di bawah pengaruh alkohol dan ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori dalam perjalanan dari Kulai menghala Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan sebaik tiba di R&R Gelang Patah menghala ke selatan, suspek lori terlepas susur ke PTP.

“Dia kemudian memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta yang berada di laluan itu,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Sumber: BH

Share.

Leave A Reply