(Ada Video) Pelajar Lelaki Dibelasah Beramai-Ramai, Dibaling Meja Tanpa Belas Kasihan | LANGKAWI – Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di sini dipercayai menjadi mangsa buli apabila dipukul beramai-ramai oleh hampir 10 pelajar lain dalam satu video yang tular pada pagi tadi.

Video berdurasi 25 saat itu dikongsikan oleh seorang individu bernama Amirr di Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat di Langkawi menerusi aplikasi Telegram.

Rakaman tersebut menunjukkan mangsa dipukul pelajar lain secara beramai-ramai selain turut dibaling meja ke atas kepalanya.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di sini berdasarkan pakaian sekolah yang dipakai pelajar dalam video berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan berkenaan insiden tersebut.

“Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes sedang dalam siasatan.

“Maklumat lanjut akan menyusul kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

DIFAHAMKAN PELAJAR TERBABIT SUDAH DI TAHAN

SUMBER : Kosmo!

Share.

Leave A Reply