(Ada Video) Tajuddin Minta Kerajaan Kembalikan Cukai GST | Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah mengeluarkan satu kenyataan untuk meminta kerajaan supaya mengembalikan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), baru-bru ini.

(Ada Video) Tajuddin Minta Kerajaan Kembalikan Cukai GST

Beliau mendakwa, pihak yang sebelum ini menolak GST dan memilih untuk melaksanakan kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah sedar dan menyesal dengan kesilapan yang dilakukan.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan sebelumnya telah membuat kesilapan dengan menukarkan sistem percukaian ini kepada SST lalu menyebabkan ia telah banyak mendatangkan kerugian kepada hasil kerajaan.

Oleh itu, beliau berpandangan bahawa dengan mengadakan kembali cukai GST ini dengan segera, maka semua boleh mengharapkan peningkatan hasil kepada kerajaan.

Beliau turut mendakwa bahawa kebanyakan pihak yang dahulunya tidak menyokong GST ketika ditadbir kerajaan sebelumnya kini sudah menyesal serta menyedari keperluan mengadakan GST kepada negara.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, beberapa ahli Parlimen seperti Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) dan badan pemantauan ekonomi, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) mencadangkan supaya GST kembali dilaksanakan di negara ini.

Malah, pada penghujung tahun lalu, kerajaan telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pelaksanaan semula GST.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply