(Ada Video) Terbukti! Minyak Masak Subsidi Malaysia Banyak Di Thailand | PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial sejak semalam yang dipercayai dirakam di Thailand menunjukkan minyak masak peket buatan Malaysia dijual di negara tersebut.

Tangkap layar rakaman memaparkan minyak masak peket jenama Malaysia dijual di Thailand.

Melalui video berdurasi 35 saat yang dimuat naik di Facebook Kepala Berputar memaparkan beberapa peket minyak masak buatan Malaysia boleh didapati di kedai runcit.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial kecewa dengan keadaan itu yang jelas berbeza dengan apa yang berlaku di negara ini apabila minyak masak peket amat sukar didapati.

Selain itu juga, orang ramai meminta pihak berkuasa melalukan siasatan segera berhubung perkara itu.

“Dah lama perkara ini berlaku. Kita saja yang tidak sedar sehinggalah berlaku perkara begini baru mahu terbuka mata,” kata Mally.

“Pihak berkuasa yg berkenaan kena kerja keras laksanakan tugas. Bagaimana boleh kalah dengan penyangak dan pengkhianat,” kata Piai.

“Di negara sendiri sangat susah nak dapatkan minyak peket. Rupa-rupanya semua dah dihantar ke seberang,” kata Izzat.

“Harap video ini sampai ke pihak berwajib. Siapa dalangnya, macam mana minyak peket boleh senang-senang ada dijual di sana,” kata Othman.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 50,000 kali.

SUMBER : Kosmo!

Share.

Leave A Reply