Tidak lama lagi terdapat kemungkinan bahawa barisan jemaah menteri untuk kabinet Kerajaan Perpaduan akan diumumkan secara rasmi maka ia memberikan garis penamat bagi barisan kabinet pada kepimpinan penggal lepas.

(ADA VIDEO) Tuan Ibrahim Luah Sayu Tinggalkan Kementerian Alam Sekitar & Air

Perkara ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada pemimpin baharu untuk menerajui kepimpinan di sesebuah kementerian.

Walaupun telah menghadapi pelbagai onak dan duri sewaktu menjalankan tugas, sememangnya kita akan merasa berat hati untuk meninggalkan sesuatu tempat lagi-lagi apabila kita memiliki hubungan yang rapat dengan warga sekeliling.

Perkara ini dizahirkan dalam sebuah hantaran Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau telah merakam saat-saat terakhir beliau di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bersama-sama staf di pejabat Kementerian Alam Sekitar dan Air, dekat Putrajaya.

Dalam video tersebut, ia menunjukkan detik-detik terakhir Tuan Ibrahim di kementerian tersebut seperti beramah mesra bersama staf, memberikan ucapan dan mengambil gambar bersama-sama dengan diiringi lagu latar Sampai Jumpa, dendangan kumpulan muzik Indonesia, Endank Soekamti.

Bukan itu sahaja, video yang berdurasi dua minit 49 saat itu juga menampilkan saat-saat beliau meninggalkan perkarangan pejabat kementerian tersebut sambil diiringi oleh staf-staf di sana.

Dalam pada itu, hantaran video tersebut disertai dengan kapsyen yang ditulis oleh dirinya. Dalam penulisannya, beliau mengimbau pengalamannya semasa bertugas sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

Jelasnya, pada 11 Mac 2020, beliau melangkah ke bangunan ini. Bermula dari awal, menyusun dasar, program, sistem dan sumber manusia. Sedikit demi sedikit akhirnya hampir lengkap sebuah KASA.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak – pihak yang sentiasa berada di sisinya ketika saat sukar dan senang.

Ujarnya, meninggalkan mereka yang susah senang dan suka duka bersama. Tiada kata yang lebih baik melainkan terima kasih banyak-banyak atas kegigihan dan khidmat bakti yang cukup besar.

Katanya lagi, terima kasih atas semua kenangan kita bersama.

Pada akhir hantaran tersebut, beliau turut mendoakan agar segala sumbangan yang diberikan kepada negara akan mendapat balasan setimpal oleh-Nya.

Sumber: Siakap Keli, Facebook

Komen Netizen Berhubung ‘Luahan Tuan Ibrahim’..

Video yang di muatnaik oleh Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Facebooknya, rata-rata netizen memberikan komen selain mendapat jumlah tontonan sebanyak 217K serta mendapat ribuan tanda ‘suka’.

Menerusi Ida Shukor, “Terima kasih atas pimpinan Dato’ Seri. Jasamu sentiasa dikenang. Dari Dato’ Seri saya belajar erti sebenar bahawa kerja itu Ibadah. Semoga Allah memberkati Dato’ Seri sekeluarga Amiin 🤲🏻🤲🏻“. 

Manakala, Shelizah Nazir memberi komen, “Sedih rasa hati, kita telah lihat kerjanya yang terbaik,semoga terus dengan kepimpinan yang hebat, dipermudahkan urusan dunia & akhirat”. 

Menurut komen dari Megat Mohd Zaid, “Semoga Allah taala berkati perjalanan Dato’ Sri TITM. Jasa yg baik jadi jariah dan kenangan. Moga diberikan yg terbaik lagi selepas ini”. 

(ADA VIDEO) Tuan Ibrahim Luah Sayu Tinggalkan Kementerian Alam Sekitar & Air

(ADA VIDEO) Tuan Ibrahim Luah Sayu Tinggalkan Kementerian Alam Sekitar & Air

(ADA VIDEO) Tuan Ibrahim Luah Sayu Tinggalkan Kementerian Alam Sekitar & Air

Namun ada juga netizen yang memberikan pandangan sebaliknya setelah melihat video yang di muatnaik tersebut.

Menerusi komen dari Abdullah Ismail, “Apa2 pun klu berpisah dgn kawan sepejabat memang sedih..anggaplah sebagai kawan pernah sewa rumah yg sama..Lain2 tu..saya taknk komen ( sangat rugi jika pahala mengalir keluar..ustad2 yg kerap sedekah pahala tu lainla..deme pahala berlori2),😷😷😷

Manakala komen dari Mustafa Khalil Mohd Yusof pula, “Menteri2 pas ni mmg dari segi agama bagus…masalahnya, tanyelah sesiapa, klu pegang portfolio mmg hancur, tah apa keje dia buat pun tak tau. Kita nak service, bkn manjang doa je. Minta maaf cakaplah, tolak bangsa, yg perform bagus kj, gobind, anthony loke, ini mmg kene bagi portfolio. Rugi negara klu tlepas org2 mcm ni.” 

(ADA VIDEO) Tuan Ibrahim Luah Sayu Tinggalkan Kementerian Alam Sekitar & Air

Sumber: Facebook

Share.

Leave A Reply