Tindakan kumpulan penyokong Ultras Malaya memberikan penghormatan kepada pasukan Thailand selepas tamat aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022, malam tadi mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

[ADA VIDEO] Ultras Malaya Dimata Dunia, Dipuji FIFA

Lebih membanggakan apabila ia turut meraih pujian daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang memuat naik video berkenaan di laman Twitter mereka.

Badan bola sepak dunia itu turut menulis: “Perlawanan yang indah. Penyokong Malaysia menunjukkan penghormatan kepada pemain Thailand selepas pasukan mereka tewas dalam Piala AFF.”

Rata-rata pengguna media sosial menganggap tindakan itu sebagai terbaik daripada Ultras Malaya walaupun skuad Harimau Malaya tewas dan terkandas di pusingan separuh akhir.

Terdahulu, laman rasmi Facebook rasmi Piala AFF 2022 memuat naik video Ultras Malaya menyanyikan lagu buat pemain Thailand selepas skuad itu menewaskan Malaysia 3-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Thammasat, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Gajah Perang yang juga juara bertahan mara ke final buat kali ke-10 dengan agregat 3-1 selepas tewas 0-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Thailand akan menentang juara dua kali Vietnam di pentas akhir yang akan berlangsung pada Jumaat dan Isnin ini.

Sumber: BH, Twitter

BERITA BERKAITAN.. 

Perkarangan Stadium Bukit Jalil Gamat Sorakkan Ultras Malaya..

Kehadiran kumpulan penyokong Ultras Malaya menggamatkan suasana di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, ketika mereka hendak memasuki pintu stadium bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Harimau Malaya dan Thailand, baru-baru ini.

Perkarangan Stadium Bukit Jalil Gamat Sorakkan Ultras Malaya..

Ultras Malaya yang dianggap nadi penting skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan Gon berarak sambil menyanyikan lagu pembakar semangat buat pasukan negara atau turut dikenali sebagai `corteo’.

Terdahulu, kelibat penyokong atau barisan `pemain ke-12′ skuad Harimau Malaya mula membanjiri perkarangan Stadium Nasional seawal jam 12 tengah hari biarpun pintu stadium hanya dibuka pada jam 4 petang.

Puluhan ribu penyokong dijangka hadir untuk menyaksikan perlawanan malam ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan semua 59,000 tiket sudah habis dijual.

Skuad Harimau Malaya mara ke separuh akhir selepas muncul naib juara Kumpulan B di belakang Vietnam.

Aksi separuh akhir kedua akan berlangsung di Bangkok, Selasa, baru-baru ini.

Share.

Leave A Reply