(Ada Video) Wanita Maut Jatuh Bumbung Ketika Asyik Buat Video Tiktok

| August 22, 2021 | 0 Comments

(Ada Video) Wanita Maut Jatuh Bumbung Ketika Asyik Buat Video Tiktok | Malang tidak berbau buat seorang wanita berusia 23 tahun itu selepas dia dilaporkan maut setelah terjatuh dari bumbung sebuah bangunan di Istanbul, Turki ketika merakamkan video untuk platform media sosial TikTok, baru-baru ini.

(Ada Video) Wanita Maut Jatuh Bumbung Ketika Asyik Buat Video Tiktok

Berikutan itu, ketika kejadian tersebut berlaku, sepupu kepada mangsa yang dikenali sebagai Kubra Dogan sempat merakam detik-detik kematian dramatisnya di daerah Esenyurt, menurut laporan Anadolu Agency (AA).

Dogan dan sepupunya Helen telah memutuskan untuk pergi ke bumbung untuk menyaksikan detik matahari terbenam serta merakam video untuk dimuat naik ke Tik Tok. Mereka dilaporkan turut meluangkan masa di atap untuk mengambil gambar dan video.

Kemudian, semasa Dogan ingin turun dari tepi bumbung, dia dipercayai telah menginjak panel plastik yang tidak dapat menanggung beratnya sehingga menyebabkan panel bumbung tersebut runtuh.

Gadis muda terbabit dilaporkan telah terjatuh dari ketinggian kira-kira 50 meter ke ruang pangsapuri.

Helen dalam keadaan cemas telah memberitahu keluarga Dogan.

Pasukan kesihatan dan polis telah dihantar ke tempat kejadian setelah mendapat panggilan kecemasan dari keluarga mangsa berkenaan. Wanita muda tersebut dinyatakan mati di tempat kejadian.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *