Ada Yang Menyalahkan Jemaah Tabligh. Ini Nasihat Ketua Pengarah Kesihatan.

| March 24, 2020 | 1 Comment

Ada Yang Menyalahkan Jemaah Tabligh. Ini Nasihat Ketua Pengarah Kesihatan. | Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai tidak mendiskriminasi dan menyalahkan jemaah tabligh, sebaliknya membantu mengesan mereka serta kontak dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia dan sudah memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk menerima jemaah tabligh yang tidak bergejala menjalani ujian saringan di klinik dan hospital kerajaan terdekat.

‚ÄúSetakat ini, KKM telah menjalankan 13,000 saringan ke atas jemaah tabligh dan sebanyak 8,000 kes didapati bergejala, 986 positif COVID-19. Kita harap jemaah tabligh tampil membuat ujian saringan kerana daripada 1,624 kes positif COVID-19, risiko adalah lebih tinggi dari kalangan mereka,” katanya.

Sumber : BH

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *