Adik Cedera Parah Selepas Ditikam Abang Guna Gunting

| January 19, 2021 | 0 Comments

Adik Cedera Parah Selepas Ditikam Abang Guna Gunting | Tindakan nekad seorang abang dengan menikam adiknya menggunakan gunting berakhir dia didakwa di mahkamah sabit kesalahan boleh dihukuman penjara maksimum 20 tahun. Baca Selanjutnya..

Mangsa Alami Cedera Parah

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menikam adik lelakinya menggunakan gunting sehingga menyebabkan kecederaan parah, pada minggu lalu.

abang tikam adik

Muhammad Miqail Cheam Abdullah, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Lelaki itu dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas adik lelakinya, Cheam Tong Yee, 31, di sebuah flat di Cheras di sini, pada 4.15 petang, 13 Januari lalu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Difahamkan Tong Yee yang bekerja sebagai juruteknik teknologi maklumat, ditikam di bahagian tangan, bahu, dada serta paha dan kini berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital swasta dekat sini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh kerana khuatir dia akan mencederakan semula mangsa memandangkan mereka tinggal serumah.

Bagaimanapun, Muhammad Miqail yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah membenarkan ikat jamin dengan jumlah rendah atas alasan dia kini tidak bekerja.

Kamarudin kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan lantikan peguam berserta serahan dokumen.

Beliau turut menetapkan syarat tambahan, iaitu tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan, tidak tinggal serumah dengan mangsa, melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *