Sungai Petani: Seorang kanak-kanak lelaki etnik Rohingya ditemui lemas manakala abangnya yang berusia enam tahun hilang selepas dipercayai terjatuh di kawasan lombong Kampung Permatang Kedundung, Tikam Batu, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.43 malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Tikam Batu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shaari Hashim bergegas ke lokasi untuk melakukan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi menerima maklumat bahawa terdapat kanak-kanak lelaki berusia empat dan enam tahun etnik Rohingya dikhuatiri lemas.

“Ia berdasarkan penemuan pakaian mangsa yang ditemui di lokasi kejadian. Tindakan yang dilakukan adalah dengan menjalankan operasi secara permukaan air di kawasan dipercayai mangsa lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Syukri berkata, pada jam 8.05 pagi, mangsa berusia empat tahun yang dikenali sebagai Mamod Shukur Belal Hussain ditemui lemas dalam jarak 400 meter daripada tebing lombong berkenaan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari seorang lagi mangsa, Muhammad Nazeri Belal Hussain masih diteruskan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, operasi mencari seorang mangsa masih diteruskan di kawasan lombong berkenaan.

Sumber: Harian Metro

 

Baca Juga: Jurutera M4ut Cuba Selamatkan Anak Saudara Lemas Semasa Berkelah

Perkelahan selepas menghadiri majlis pertunangan adik ipar, berakhir tragedi buat jurutera Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu apabila lemas dalam kejadian di Kuala Gel dekat Pantai Malawi di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang, ketika mangsa, Muhammad Fauzan Azamuddin, 34, berusaha menyelamatkan abang ipar dan anak saudaranya daripada lemas di tempat kejadian.

Seorang waris mangsa berkata, Fauzan bersama keluarga serta adik beradik isterinya, Farah Alyani Mohd Razali, 30an, ke pantai berkenaan selepas menghadiri majlis pertunangan adik iparnya.

“Kami mengetahui kejadian menimpa mangsa kira-kira jam 7.30 malam tadi selepas dihubungi ahli keluarga lain yang turut berada di lokasi.

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

“Kami dimaklumkan, Fauzan lemas ketika cuba menyelamatkan seorang anak saudaranya serta abang ipar, Muhammad Rasyidan Razali, 37, daripada lemas,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, di sini, hari ini.

Ahli keluarga mangsa terselamat dalam kejadian kini dalam rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata mayat mangsa ditemui di tempat kejadian oleh orang awam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan daripada Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar pada jam 7.03 malam,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply