Adik Maut Dilanggar Lari Selepas Bertengkar Dengan Abang

| October 10, 2021 | 0 Comments

Adik Maut Dilanggar Lari Selepas Bertengkar Dengan Abang | Klang – Pertengkaran dua beradik dipercayai berkaitan isu meminjam wang berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut dipercayai dilanggar lari dalam kejadian di Jalan Bandar Puteri berhampiran sebuah stesen minyak di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam, mangsa berusia 21 tahun ditemui terbaring dengan kesan calar besar di bahagian belakang badan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa dan abangnya berusia 27 tahun yang menaiki sebuah van dalam perjalanan ke Banting, Kuala Langat dekat sini.

“Sepanjang perjalanan telah berlaku pertengkaran di antara kedua-dua beradik sebelum mangsa meminta untuk
diturunkan di lokasi kejadian.

“Mangsa keluar dari kenderaan dengan tidak berbaju. Pertengkaran itu berikutan mangsa hendak meminjam wang daripada abangnya kerana mengalami masalah kewangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, abang mangsa dikatakan berpatah balik kira-kira 20 minit kemudian bagi mengambil adiknya itu sebelum dia melihat orang ramai mengerumuni mangsa yang terbaring dengan kesan calar besar di bahagian belakang badan.

“Proses pengecaman mayat sudah dibuat oleh pihak keluarganya dan polis kini mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Inspektor Ana Vanessa di talian 018-2717165,” katanya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: JENAYAH, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *